Wednesday, December 9, 2015

"Solat berjemaah....."




Harini nak cerita pasal solat berjemaah. Sebab apa? Hihi harini rasa happy sangat sebab selalunya aku dengan ibu memang solat sesama tapi biasanya ibu yang mengimamkan solat kami but for the first time, kalini aku pulak jadi imam. Hehe

Happynya tak terkata dapat imamkan ibu sendiri. Kalau tak sekarang bila lagi kan? Sebab ini kali je aku ada waktu lapang dan ada sentiasa kat rumah. Mana tahu lepas ni nanti, aku takde kat rumah. Kesian ibu solat bersendirian hm. Ini kalilah aku nak berjasa kan. Nanti bila dah sambung belajar jauh ke, solat entah kemana nanti, astaghfirullah hopefully taklah. Semoga bila dah semakin besar ni, semakin ingat Allah dan ingat mati. Amiin. Semoga aku tak pernah lupa untuk menunaikan segala kewajipan sebagai seorang Muslimah. AMIIN

Semua orang tahu ganjaran solat berjemaah kan, takyah cakap pun korang semua tahu kan. Haaa tapi aku nak cakap jugak. Ganjaran orang yang solat berjemaah ni ialah mereka akan dapat pahala 27 kali ganda daripada solat sorang2. Lagi2 korang yang tengah gather ramai2 dengan family tu, alang2 dah gather tu apa kata solat jemaah sama2. Kalau tak bila lagi kan? Dulu masa ayah ada lagi, tak selalu dapat solat jemaah sama2. Sebab kadang2 ibu dah solat awal so aku dengan ayah jelah yang sempat solat berjemaah. Aku pun tak ingat bila aku solat jemaah dengan ibu and ayah. Huhu

Tapi korang jangan jadi macam aku k. Selagi family korang ada di samping korang, ajak solat jemaah. Jangan tunggu. Mana tahu itu saat2 terakhir korang bersama yang tersayang ke kan. Wallahua'lam.

Thursday, December 3, 2015

"23 November 2015...."

23 November 2015 bersamaan 11 Safar 1437H=Isnin

Salah seorang manusia yang paling aku sayang selain ibu dan ayah iaitu tokbah telah tinggalkan kami sekeluarga buat selamanya untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Allah SWT.
Sebelum ni aku memang nak update nak bagitahu tokbah menghidap penyakit kanser pancreas tahap 4 tapi sebab aku busy nak spm so takde idea nak update macam mana. But today I'll tell u guys from the start.

Abah(tokbah) mula sakit2 perut masa maksu kahwin(29/5/2015) kitaorang ingatkan abah cuma sakit perut biasa macam gastritis so first kitaorang bawak pergi jumpa doktor. Macam biasa doktor bagi ubat sakit perut. Then tetiba ibu suggest bawak pergi jumpa Dr.Gomez(doktor berpengalaman) dia cuma scan abah je tetiba dia cakap ada ketumbuhan dekat perut abah so kena refer ke HSI untuk pemeriksaan lanjut. Aku and ibu amik mak(tokmak) and abah kat kampung terus pergi HSI tapi doktor pulak takde. Mungkin takde rezeki nak bawak abah pergi sana.

Lepastu makngah, pak ude and ibu decide untuk bawak abah pergi Hospital pakar puteri then that was how the story start. Doktor diagnosed abah ada kanser pancreas tahap 4 tapi masatu abah tak paham apa doktor tu cakap so abah act macam biasa je. Ibu masatu dah nak nangis tapi ibu tahan sebab tak sampai hati nak tengok abah. Balik dari hospital, aku pulak nak pergi tuisyen masatu. Masa ibu hantar tu, ibu cakap abah ada kanser tahap 4 aku dengan tak sedia apa2 terus menangis sampai lah kat tuisyen aku masih menangis, Sebab apa? Bukan dia hanya atuk aku je ke? Tak dia lebih daripada seorang atuk. Aku anggap dia macam ayah sendiri since ayah meninggal dunia. Dia dah macam nyawa aku.... Doktor pun cakap jangka hayat abah mmaximum 6 bulan. Minimum 3 bulan je....

Makngah hantar abah balik kampung pastu mak tanya doktor cakap apa. first makngah macam taknak cakap sebab tak sampai hati tapi mak macam dah dapat agak penyakit abah tu teruk so mak pun terpaksa bagitahu abah sebab dia berhak tahu kan. So from that time, kesihatan abah went worst. Berat badan makin susut sebab tak dapat makan. Abah tu memang kurus so dia makin kurus bila tak makan. kitaorang ada cuba rawatan alternatif kat Muar tapi tak berjaya. Bila aku balik kampung, keadaan abah tak pernah memuaskan. Makin teruk dan makin teruk. Doktor cakap jangan sampai abah demam/ demam kuning. Kalau abah dah kena demam kuning, mungkin masatu abah dah nazak. Tapi kitaorang satu family tak putus asa kita orang cuba macam2 nak sembuhkan abah termasuk aku tak putus2 doa untuk abah sihat.

Abah pernah sekali dimasukkan dalam wad sebab doktor nak bukak saluran hati dia supaya abah tak kena demam kuning ekat HSA. Mula dari tu, bila aku jenguk datang jumpa abah, aku salam abah. Abah pegang tangan aku kuat2 seolah-olah taknak lepaskan tangan aku. Aku taktahu saat tu aku memang taknak kehilangan abah tapi aku tahu Allah tahu segalanya. Kalau masatu Allah amik abah, aku memang tak redha sebab aku tak sedia!!!

Sebulan berlalu....

Abah makin teruk. Salur pernafasan abah makin tersumbat. Abah tak boleh bernafas. Masatu aku tengah SPM..... Masa Isyak, mak call ibu cakap abah takboleh bernafas sambil nangis2.... Ibu terus call pak ude. So malam tu jugak amik mak and abah dari kampung terus pergi HSI. Sepanjang perjalanan nak pergi HSI tu aku tak lepaskan tangan abah. Aku pegang sambil usap2 tangan abah. Tak kiralah dia cakap apa sampai abah bising cakap tangan dia panas tapi aku peduli apa! Aku tahu aku takkan dapat pegang abah lagi lepastu. Sampai wad kecemasan HSI dalam pukul 11 malam. Aku, Ibu, pak ude, mak tunggu abah sampai pukul 5 pagi kat ruang menunggu tu. Kitaorang tak tidur. Tidur pun tidur2 ayam je. Sekejap sedar nak tengok abah. Masatu pulak aku sambil tunggu abah sambil study chemist. Subjek tu dahlah tough tapi ibu cakap mesti ada hikmahnya. Semoga apa yang aku baca tu, aku akan ingat. Allah tahu apa yang terbaik...

Tiga hari kemudian.... (23/11/15=Isnin)

Semua dah ada dekat kampung. Cikwau, maksu, makngah, pak ude kecuali aku and ibu sebab aku exam kan so kitaorang tak balik kampung.
Dalam pukul 4:55 pagi tu cikwau call ibu cakap abah dah takde.
Ibu terus masuk bilik aku kejut aku cakap abah dah takde. Aku mastu dahlah tengah mamai2 pastu aku tak dengar sangat apa ibu cakap aku cuma dengar "takde" je. Pastu aku tanya balik, "Siapa yang takde?" Ibu cakap perlahan je tapi aku dengar dengan jelas... "Abah dah takde" masatu fikiran aku flashback balik segala kenagan aku dengan abah. Naik motor dengan abah, maksu. Tunggu maksu balik sekolah. Abah layankan semua cucu2 dia. Abah ajar aku buat ketupat dengan begitu sabar sebab aku ni lembab sikit :') Tapi abah masih ajar dengan slowly. Abah dah cukup menderita sejak dia sakit. Biarlah masa ni masa untuk abah rehat dekat taman syurga, amiin

Sampai je kampung dalam 7 pagi, aku terus peluk cikwau sambil menangis semahu-mahunya. Aku dah hilang dua permata dalam hidup aku. Cikwau yang banyak tenangkan  aku. Allahu, sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik. Dah tiba masanya abah rehat. Abah pun dah cukup menderita. Allah nak mak rehat. Mak pun tak pernah tidur malam sejak abah sakit. Maklah orang yang sentiasa ada dengan abah. Berak, kencing abah, maklah yang uruskan. Sampai abah pun taknak orang lain yang uruskan dia. Dia nak mak jugak. Ini jugak masa untuk mak rehat. Allah nak mak dan abah rehat. Abah sempat hidup kat dunia ni 5 bulan lebih je. Tak sampai 6 bulan. Tapi aku bersyukur selama 17 tahun aku hidup, ada insan lelaki yang menyayangi aku lebih daripada nyawanya sendiri selain ayah.

Mulai haritu aku belajar untuk redha. Sebab in life, people come and go. Aku belajar untuk redha sebab aku tahu Allah dah sediakan tempat yang terbaik di alam sana. Di dunia ni, abah dah cukup2 menderita. Abah pergi pun dengan tenang. Dia sempat baca kalimah syahadah, sempat sebut nama Allah. Memang Allah dah permudahkan segalanya. Cuma aku terkilan sebab aku and ibu takde masa dia menghembuskan nafas terakhir dia. Allahu, aku jugaklah orang yang terakhir cium jenazah dia sebelum dia disemadikan dalam tanah. Aliff Hafiz, satu-satunya cucu lelaki abah, mandikan, solatkan dan iringi jenazah abah sampai disemadikan dalam tanah. Walaupun baru darjah 2, kanak2 yang masih taktahu dengan jelas macam mana nak uruskan jenazah. Haritu dia belajar segalanya. Dialah orang paling sedih bila buat semua tu. Abah mesti bangga tengok satu-satunya cucu lelaki abah berjasa buat kali terakhir sebelum abah ditanamkan. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah terima kasih kerana telah meminjamkan dua permata lelaki yang amat berharga buat aku. Terima kasih Allah.



Damailah abah di sana dia taman syurga. Semoga Allah mengampuni segala dosa abah. Al-fatihah
Abah rehat ya :')