Monday, May 30, 2016

"29th May 2016...."

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ANZ
HAPPY BIRTHDAY TO ME


SWEET 18 MYSELF

Takde celebration yang gempak pun for my birthday this time. As usual firstly I celebrated with queen of my heart, Ibu & yeay! I got two kisses from her!
At the sharp of midnight, I woke my mum up sebab desperate nak first wish daripada dia hahaha and her wish was too simple and sweet "Happy birthday" & I then said, I want kisses. she gave me double kisses on my cheek and yeay! I was very lucky to have her in my life ...
Although her wish was very short & simple, I know that deep in her heart she will always prays for me all days & night or I mean every second :')

&

Her presents for me is everything she did for me & the biggest andmost  grateful present I got from Allah is her!
Alhamdulillah for the gold chance to have ibu and ayah in my life eventhough ayah has no longer here but hey! He has a very special place in my heart! ❤


& all my facebook's friends and my other family members wished a warm happy birthday & they prayed for me, alhamdulillah! Couldn't ask more for my birthday, that was more than enough!
They give so many colours in my life! Ya Allah, You're too nice even You know we as your servants do not deserve all this after what we had done to you :')

My ibu bought me two cakes
Sweet & simple as always hahaha
Siap ada candles tau haa candles tak cukup 18 sebab banyak sangat so pakai 2 ketui ja! Hahaha tq ibu!







&







Another suprises from Cidot! Yeay!
Who is Cidot? Hahaha she's my fav cuzzy all the time & forever sebab aku dah anggap dia macam kakak kandung sendiri dah apa2 je bagitahu dia! Nak taknak dia terpaksa dengar ok! Hahaha
She's a manager of Domino's Pizza at Johor Jaya and she asked me to come to her work's place so I came and ..........

So the contents are Sweet honey Chicken drumets, chocolate larva cake & tuna temptation pizza & cheezy mozarella stix 

Sweetnya Cidot I seketul ni How I cannot love her? She always brights up my life ok
Since I'm the only child in family so she volunteers to be my sister, biological sister ok!

Nur Syahidah binti Juraimi
Love you lots!





AND YEAY HAPPY BIRTHDAY TO ME, MAY ALLAH BLESS ME & MAY ALL THE HAPPINESS I WANT WILL ALWAYS BE MINE. AAMIIN



Monday, May 23, 2016

"Bestfriend...."

It's 1;30 am and I'm missing my annoying bestfriend!
This is the saddest thing in our life after finishing our school life when we have to separate with our beloved bestfriend, & I hate it so much!

Ya benda tu lumrah & juga dikenali jugak sebagai pengorbanan demi mencapai cita-cita & impian masing2 tapi aku benci part nak pisah2 ni tau. Betul orang kata kalau kita tak keluar dari tempat yang kita duduk sekarang ni macam mana kita nak jumpa dengan orang baru but still I want my bestfriend to be here by my side..Banyak sebenarnya aku punya kawan yang aku still nak panggil bestfriend tapi this one is so special one!

Her name is Asilah Fasihah binti Azman 
Cerita perkenalan kita orang ni sounds clishe tapi kelakar pun ada kalau nak difikirkan balik(hahaha). Ni tribute untuk kau tau seha kalau kau baca entry ni ha sweet tak aku(hm)


Ok



Back in 2010 when we were 12 years old. Dia ni sekolah lain cuma kitaorang sama sekolah agama & duduk dalam kelas yang sama, we used to hate each other before this sebabnya ...... ok masatu baru hari pertama duduk dalam kelas tu kan. Ustazah Ashikin(ust kelas kitaorang) decide untuk cari ketua & penolong kelas. Masa pemilihan penolong kelas tu ust bagi pilihan untuk suggest 3 orang nama tak kesahlah suggest nama sendiri ke nama orang lain..
Yang tercalon are;
-Asilah Fasihah
-Aisyah Nadhirah
-Seri Atila

Aku tak sangka nama aku tercalon sebab yang calonkan tu is dak2 lelaki yang aku tak kenal tetiba budak laki tu angkat tangan then dia cakap "Ha saya suggest budak yang duduk depan ust tu" HAHAHA bongok betul malu aku time tu.
Then lagi tak sangka bila ramai gila yang sokong aku jadi penolong kelas so the winner is me. Jadila aku sebagai penolong kelas pastu aku perasanlah yang muka si Asilah Fasihah ni macam tak puas hati.. aku peduli apa aku cakaplah dalam hati eleh ingat ada orang nak sokong kau ke lama gak kitaorang bermasam muka & plus aku lupa macam mana kitaorang boleh bertegur hahaha

Bila dah start berkawan tu tak sangka boleh jadi rapat gila plus kitaorang baru tahu yang rumah kitaorang dekat2 alahai selama duduk sini takpernah pulak aku nampak dia so bila dah berkawan rasa macam nak pi rumah dia setiap hari hahaha then kitaorang jadi bertambah rapat bila kitaorang bercinta dengan 2 orang sahabat baik ni hahaha si Asilah ni bercinta dengan H aku pulak bercinta dengan I. H dan I ni kawan baik satu sekolah hahahahahaha lagi bertambah rapat bila kitaorang tergedik2 dengan bf masing2 sebab aku dengan Asilah ni macam obses dengan bf sendiri masatu. MASHA-ALLAH PERANGAI ok tu zaman jahiliah yang tak bertauliah eh
Kitaorang ni sekolah agama sesi petang start pukul 3;30 petang & balik dalam 6;30 petang so kitaorang ada waktu solat asar. Biasanya lelaki akan solat dulu sementara tu perempuan akan pi rehat & makan2 tapi aku dengan si Asilah ni bukan pi makan kitaorang selongkar beg bf masing2 check kot2 ada scandal. WEH TERUK GILA KOT PERANGAI AKU MASATU :'(
Sebab dah namanya pun obses kan hahahaha

And setiap kali ust tak dapat masuk kelas aku pi dating dengan si I tapi Asilah ni tak ikutlah.. Hahaha Asilah ni baik budaknya(dulu k dulu) aku je pi dating kat tangga hujung tingkat atas tu haaaa then setiap kali hari Jumaat pukul 6;00 petang budak2 kena berkumpul kat perhimpunan nak baca Yassin tapi aku and the geng(termasuk Asilah) lepak kat kelas buat2 kemas kelas sapu sampah apa semua padahal nak tengok bf masing2 dari atas HAHAHAHAHAHA YA ALLAH masing2 punya perangai tu aku tak tahu nak describe teruk dia camne.
Kalau kitaorang pi bawah duduk baca Yassin pun, kitaorang selalu curi2 pandang dak2 lelaki pastu main baling batu ala dulu perhimpunan duduk kat atas tar jalan je wak so banyak gila batu2 kecik kitaorang kumpul then main baling2 kat dak2 lelaki..

Sampailah ke darjah khas.. Aku dengan Asilah paling rapat masa darjah khas sebab darjah khas setiap hari sabtu then kadang2 ganti hari ahad pastu ibu pulak selalu ada kelas hari sabtu jadi nak taknak aku kena tumpang Asilah lah pi sekolah agama. Kalau Asilah tak pi kelas darjah khas tu aku sanggup ponteng kelas dengan alasan Asilah tak pi so aku pun malas nak pi hahaha ibu dah tahu sangat betapa rapatnya aku dengan dia so ibu nak taknak ok kan aje ...Sebab kalau Asilah tak pi darjah khas, aku takde geng nak buat huru-hara takleh nak bising2 yela bestfriend takde kan siapa yang ada bestfriend tu tahulah cemana rasa kalau dorang tak datang sekolah. Kau pun boleh jadi sunyi hm

Tapi start form 2 je kitaorang dah kureng contact each other sebab masing2 dah sibuk dengan high school's life pulak kan tapi tak stop macam tu je ... kitaorang jumpa kat tempat tuisyen takpun kitaorang memang selalu mesej tapi sejak2 whatsapp(ws) diperkenalkan ni so kitaorang selalu ws sampailah sekarang.

Dah hampir 6 tahun friendship kitaorang terjalin k cuma harini saat ni aku rasa kehilangan sangat. Bukan sebab apa sebabnya cuma dia pi belajar jauh ja! Entah jauh sangat dia tercampak. Selama ni kalau kitaorang jauh pun still boleh jumpa & lepak apa semua tapi kalini memang kena korbankan lah friendship kitaorang ni buat sementara waktu yang agak lama.. Sebab uni's life ni kan holiday tak menentu ikut pihak uni lah kan..... hmmmmm tapi orang kata kalau dah kata pun kawan baik&rapat kan jauh mana pun terpisah akan sentiasa rasa dekat sebab sentiasa doakan antara satu sama lain kan. In Sha Allah...









AFA,
I wish you all the best, baby. You know I'll always be there for you & If God's willing, I will always be with you through ups & downs,thicks & thins. I love you always!
Study hard & smart. Make your parents proud of you and your achievements, you go there bringing your parents' hopes & dreams. You can't let them down ok baby.
Maybe I can't always hear your problems & tears but I'm here always praying for you. Idk this time I feel so lost & sad. I love you lillahitaala & I miss you. I meant it! :'(
Go and chase your dreams and go home with your best achievements & glories.
My prayer is always be with you, aamiin. Cyunk Asilah Fasihah kepoh!


                                                                                  Your missing bestfriend.




Saturday, May 21, 2016

"Road to Future......"

Time to say "Goodbye home sweet home, welcome matriks' life" :(

I am so sad to leave my sweet home! For 18 years of living in the very good condition & then suddenly I have to leave this house and am going to somewhere else where I have to learn how to be an independent young girl ;')
Sebab selama 18 tahun hidup ni asyik bergantung semuanya pada ibuku sayang & berkepit je bawah tiak ibu pastu tetiba kena pergi duduk asrama... ko ghase? I've never been there tak pernah pun rasa macam mana duduk asrama sebab semuanya bawah tanggungan ibu.
Pernah la rasa MACAM DUDUK ASRAMA masa ada kem motivasi darjah 6 kat sekolah! Kah! Itupun tahun 2010 & tidur dalam prasekolah punya classroom hahahahaha!


Ya Allah macam mana ni? Satu bilik 4 orang ke? Selesa tak? Panas tak? Kipas ada berapa? Nak basuh baju kat toilet ke? Ramai tak kawan? Huhuhuhu
Sebab selama ni duduk kat rumah, tidur dalam bilik sorang walaupun kadang2 seram(HAHAHA), kipas besar tapi pakai sorang so tak pernah rasa keadaan tu.
But I always know that Allah knows best maybe this is the right time for me to learn how to be independent, creative & make a good friendship with everyone I meet.
Sebab masa panggilan pi PLKN dulu, iolls tak dapat jadi ko ghase? Hahaha melepak beb aku kat rumah, besarkan badan! Ni pun salah satu sebab aku terima pi matriks sebab MUNGKIN DAPAT KURUSKAN BADAN! Hewhew~

So I hope there will be so damn great for me & my old+new friends!
Nasiblah tempat aku dapat ni dalam Johor kalau tak........ nanti senang nak tipu warden semata2 nak balik JB ha ha ha! Idea tu.....(melampau)
Ada gakla geng aku pi sana gak.. Wan Aqilah & Noor Zuhairah tapi nanti sampai sana tak semestinya dengan dorang je kan.. Ibu cakap nanti kat sana kawanbuat gakla kawan2 baru nanti takut bosan/gaduh kalau asyik kawan yang sama. Sebab kawan lama ni kita dah kenal perangai masing2. So this is the right time gak for me untuk tengok dunia luar! Ni baru tengok dunia Johor je mana tahu nanti dapat rezeki belajaq jauh boleh tengok dunia orang pulak kikiki aamiin :')

So far aku ok je sebab jiran sebelah rumah pun dapat matriks kat tempat yang sama so takdelah haru biru sangat hidup aku hahaha cuma masalah dia I'll always miss my mom!!!! :'( Kalau selama ni tiap hari, tiap masa, tiap saat dapat tatap wajah ibuku sayang kalini I really have to control my feelings demi mengejar impianku! Ya Allah berkatilah usaha kami, aamiin

And now, I nak show off sikit lah yang I dah buat persiapan! Kah! Padahal pi sana bulan June tapi oleh sebab Iolls sangatlah teruja&bahagia Iolls dah buat persiapan dulu.. Yeay!
Ok baju kurung je dah 7-8 helai oleh sebab senior yang pi matriks cakap takleh pakai baju lain selain baju kurung untuk hadiri kelas so terpaksalah kan and then repeat je baju kurung tu tiap minggu. Peduli apa kalau ada orang tegur pun, hello I basuh baju k. You tak basuh, you diam! :p
Pastu aku ni jenis tak banyak sangat baju lengan panjang untuk sukan sebab iolls pun bukannya jenis yang bersenam hahahaha baju yang ada pun baju masa sekolah menengah tu jela.. Baju sukan rumah hijau, baju kadet polis pastu baju2 lain semua dah hampir ketat sebab lemak makin bertambah & tebal :') Redha je aku... Semoga kat sana ada jual baju tshirt yang besar2 masa outing ke kan. Baju pasar malam pun ok asal murah! :( Sedih betul jadi seketul Aisyah Nadhirah ni

Kau bayangkan jela beg yang sebesar nak pi london tu ada 3. 2 beg besar tu ibu belikan & 1 lagi tu maksu punya! Dia bagi sebab dia tahu bagaimana perasaan seorang perempuan yang banyak nau barang nak bawak!!!!! Semua besar2 and semua penuh dengan barang2 macam nak lari rumah & tak balik2 je lol. Ibu pun cakap kau nak pi matriks setahun je tapi barang bawak selori macam nak duduk london 20 tahun :')

Alaaaa semua penting kot rasa macam nak bawak dengan rumah rumah sekali aku nak bawak! Weh semua penting kot! Bantal busuk lagi sebab aku takleh tidur tanpa bantal busuk tau. Pastu ibu ada belikan bantal spare sebab kat sana ada sediakan satu bantal je. Aku ni pulak jenis yang takleh tidur dengan satu bantal je. Mesti kena ada bantal untuk peluk!!!! Tak dapat peluk orang peluk bantal pun ok!


Hanger lagi! Kah! Banyak aku rembat maksu aku punya hanger beb! Maksu aku pun sejenis macam aku gak semua dia rasa penting & same goes to me! Hahahaha tq maksu, I love you! :*


Haaaaaaaaaaa ni dia!!!! 
Selimut, cadar 2 helai, telekung dua helai, tuala dua helai, kasut sukan lah, perfume, sabun mandian, shampoo banyak lagilah! Tula aku cakap boleh tak nak bawak dengan rumah sekali?! Nanti dah sampai sana ada je yang tertinggal tau sebab semua dah tak ingat nanti!

Tapi yang paling penting wajib bawak ubat wei, aku ni dahla sistem imunisasi tak kuat, kah! 
Moga takde apa yang tertinggal aamiin :')

Safe Journey, myself! ;')

Friday, May 6, 2016

"Alhamdulillah for everything...."

"Sometimes a little thing means the world to us"

We're too busy chasing what we want, until we forget what we had then. Human.


Sebab kita banyak kali jadi mangsa keadaan pada masa yang lepas sedangkan kita dah boleh move on dan mulakan hidup baru.
Jangan jadikan "kita ni mangsa" sebagai alasan, sebab "kita ni mangsa" tu hanya pada masa silam.
Cuba move forward & jangan jadikan diri kita ni as mangsa lagi. Sampai bila kita nak hidup hanya sebagai mangsa je?

Dulu aku pun macam tu.. cinta separuh mati pada seseorang sampai hati aku mati & even I can't think if he's no longer with me sampai aku lupa banyak benda yang aku dismiss..
Aku lupa nak hargai ibu depan mata, aku lupa aku masih ada keluarga, ada kucing yang comel2, ada sahabat yang sentiasa ada susah senang aku.
Aku lupa semua tu sebab aku still anggap diri aku ni sebagai mangsa. Konon2 aku terseksa dengan kisah2 silam aku tu heh padahal benda tu dah boleh settle sekejap je pun. 
Memanglah susah.. Ada orang jenis yang susah nak move on, kalau move on dia akan amik masa yang sangat lama tapi tolonglah fikir dalam masa yang korang amik untuk move on tu bayangkan eh banyak benda kau boleh buat untuk happy kan diri sendiri daripada fikir negatif, menangis macam mati laki.. Tak rasa macam buang masa ke?

Kalau kau boleh move on dengan sepantas kilat, at least kau boleh tunjuk kat sesiapa yang tinggalkan kau tu yang kau boleh bahagia tanpa mereka. Hahahahaha




Dan dalam kisah aku yang takdelah sedih mana pun...
Aku tersedar yang aku bukan lagi mangsa keadaan bila mana apa yang aku mintak akan cuba diturutkan..
Bukan aku mintak benda yang mengarut macam rumah ke kereta ke hahaha aku mintak simple je kadang2 aku teringin nak makan ni, aku teringin nak makan tu akan cuba dikabulkan sama ada oleh ibu atau tokmak.
Itu yang buat aku sedar, sebenarnya aku dah jauh lebih happy dengan kehidupan aku tanpa bergantung pada orang yang takde kena mengena pun dalam hidup aku.
Kalau makanan biasanya tokmak lah jadi mangsa hahahaha dia akan cuba sedaya upaya untuk kabulkan permintaan cucunya yang debab ni....

Macam haritu, aku teringin nak makan pulut kuning + sambal udang then .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beruntungkan iolls? Hahahaha sebabtu aku menyesal sikit dengan apa yang aku dah ratapi tu.. 

Manusia yang tak layak diratapi tu dah buat aku sedar sebenarnya hidup aku lebih bahagia tanpa manusia yang berperangai pelik tu aku pun taktahu kenapa dia wujud di muka bumi ini hahahahaha

Padahal aku ada family, kucing2 & kawan2 yang jauh lebih sayangkan aku(I hope my cats love me)



Lepastu tadi(6/5/16) aku teringin nak makan Wadai Kiping(makanan tradisi orang Banjar) pastu ibu siap suruh aku beli santan apa semua sebab nak mintak tolong tokmak buatkan sekali sampai je rumah(kampung) tetiba tokmak kata, "Wadai Kiping dah siap!!!" Ya Allah alhamdulillah!!! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Beruntung nya jadi seketul Aisyah Nadhirah binti Zulkefli ni!!!! Ada tokmak, ada ibu yang sayang sangat2 kat dia tapi silap dia pergi sayang kat orang yang tak pernah sayang dia. Lol
Aku harap Aisyah Nadhirah binti Zulkefli diberikan hidayah oleh Allah & diberi kekuatan untuk move on dan sayang lebih pada diri sendiri dulu.
Mana lah tahu Allah nak kurniakan seseorang yang akan sayangkan ANZ lebih daripada sayang nyawanya sendiri. Aamiin

Secara tak langsung jugak aku dah redha dengan kepergian hero-hero kesayangan aku.
Aku pasti mereka bahagia dalam jagaan Allah SWT, I'll also make sure that aku akan dapat cari pengganti yang sebaik hero-hero aku. 
Biar dapat sama2 ke Syurga Allah yang kekal abadi. Aamiin

Kenapa lah aku tak sedar dari awal benda ni semua ek kalau tak aku dah lama bahagia takpelah Allah knows best for us. Allah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Terima kasih Ya Allah untuk segalanya..
Bila aku fikir aku ni tak bernasib baik, ada yang jauh lebih tak bernasib baik.
I have everything to be grateful for. ALHAMDULILLAH ;)