Assalamualaikum semua orang!
Ya Allah lamanya tak menulis sampai lupa nak tulis apa nak update apa??
Dah dua tahun since the last post? I was last seen on blogspot was in January 2023 and now is July 2025? Gila lama siut tak update pasal kehidupan sendiri kat sini? Suami sampai tanya bila nak tulis bila nak tuliss dia yang rindu nak baca pasal post kita?
APAAAA? SUAMII??? YA SAYA DAH KAHWIN GUYSSSSS
DAH ADA SEORANG ANAK YANG COMEL PUNNNNNN AGHHHHH
So, topik harini macam summary la apa yang jadi selama 2 tahun menghilangkan diri sampai hilang betul betul ni..
I am married to the love of my life in May 2023, I knew I was pregnant in July 2023, I was giving birth to a girl in March 2024 and life goes on.
Sibuk menjadi isteri, menjadi ibu kepada anak saya sampai saya lupa apa yang jadi dengan diri saya sendiri. I literally left all the things I love to do before this life finds me.
Macam mana nak describe pun tak tahu. Rindu life dulu tapi bersyukur untuk life yang sekarang sebab ada suami, ada anak and masih ada ibu yang sentiasa and selalu ada, In Sha Allah. Semoga Allah panjangkan umur ibu, suami and anak untuk sentiasa ada di sisi I ;)
Kita throwback sikit la kehidupan dulu ya;
1. Kahwin? Macam mana decide nak kahwin? Entah la seriously when you know the time is coming then you will know I guess? I just bagitahu ibu nak kahwin and ibu cakap baguslah sebab dah bercinta lama sangat aha (2019-2023) sebab asyik dating keluar malam je so ibu kata better kahwin and oh yaa masa 2023 tu ibu nak gi Haji so ibu risau takde siapa boleh jaga I. I mean, I can take care of myself tapi dia kata better ada suami, sebab rumah suami pun sekangkang kera ajee ahahaha kalau tak kahwin kan bahaya ;p So settle kan apa yang patut contohnya pergi jumpa pakcik saya la dulu. Waris yang paling layak untuk jadi wali. Sebab ada masalah about their names and the process so it took longer than it was expected tapi nasib baik buat awal so tak kalut. Know know, May 2023 kahwin dahhh! Alhamdulillah sah jadi suami isteri
2. So lepas kahwin, duduk dengan ibu dulu sebab rumah sewa belum ada barang and plus tak pandai hidup berdikari lagi ahahaha. Jun 2023, ibu berangkat ke Mekah untuk tunaikan Haji. pumpam pumpam dah sebulan ibu ke Tanah Suci. Balik on July 2023, that as when I found out I was pregnant! Ingat lagi masatu sehari selepas amik ibu kat KLIA, pastu kena pi kerja. I was not feeling well sebelum tu but malas nak MC, tapi sebenarnya badan dah start berisi tau hahaha ingatkan gemuk sebab banyak makan plus period delay dah berapa hari tapi masatu tak syak apa apa sebab period jenis irregular. Masa tengah angkat stock barang and susun susun, rasa demam and lemah gila. Bagitahu PHIC nak jumpa DR sebab demam but before that beli pregnancy test yela saje jee nak test. TAK SANGKA WEH I SPEECHLESS GILA masatu. Balik tu suruh suami pickup sebab masa kerja dia hantar and tak larat. Bagitahu dia, dia pun speechless, sebab kitaorang plan nak kukuhkan dulu financial problems then baru plan nak ada anak but yknow, anak kan pembawa rezeki. So, rezeki anak sampai dulu ;)
3. Perjalanan sepanjang pregnant sangat tidak mudah ya. Mual dan muntah dari awal pregnant sampai lah 2nd trimester. Makan je muntah, makan apa semua muntah hanya Allah je tahu perit tekak macam mana huh. Masuk 3rd trimester baru boleh makan balik tu yang naik sampai 95kg ya! That was the heaviest I have ever been! Obese teruk masatu. Plus masa 2nd trimester, DR kat KK detect tachycardia setiap kali check BP then kena tahan kat HSI amik test semua macam tak detect apa sangat masa first time tu so boleh balik. Masuk kali kedua detect tachycardia tu DR decide untuk warded kan I sebab kena buat MRI scan since kandungan pun dah matang and DR nak tahu juga kenapa boleh sampai tachy plus obese kan. So as expected, I was diagnosed with Pulmonary Embolism (PE) which means ada darah beku dalam paru-paru. Darah beku tu jadi sebab asalnya dari kaki dia bawa sampai ke paru-paru. So jadi la kejadian cucuk-cucuk macam orang gisap dad*h HAHAHAH lama weh kena cucuk dari 6m pregnant sampai la dah beranak pun kena cucuk lagi.
4. 3 kali warded mana lah tak depress aku ni dah la masa pregnant memang clingy gila dengan suami. First time warded tu masa kena check MRI, seminggu warded seminggu tu la aku nangis ek sampai hari ke 8 kot minta discharged awal sebab depress dah. DR suruh minta consent suami sebab kitanya high risk masa tu. Suami pun berbelah bagi nak kita balik tapi dia kesian kita asyik nangis je pastu 2nd warded sebab last min, asalnya pagi tu checkup dengan pakar je sekali pakar tu tetiba suruh warded sebab dia risau kita asyik kena asthma attack je huhhh tapi masa 2nd warded tu nangis kejap je sebab dah pasrah kalau kena stay sampai beranak. Tapi turned out warded 3 hari je sebab DR nak buat Angiogram check jantung DR takut ada masalah kat jantung pulak nasib baik takde. Alhamdulillah! Then masa 3rd warded pulak, malam puasa first, tiba tiba demam, muntah and cirit-birit. Ibu suruh ke emergency. Malam tu lepas suami balik dia hantar pi HSI emergency terus ke PAC, DR check darah apa semua pastu check bukaan baru 1 cm tapi sebab kitanya high-risk pt so DR suruh warded sampai beranak. So warded dari 12/3/24-21/3/24. Baby lahir masa 16/3/24 hahaha Alhamdulillah syukur baby selamat, ibu pun selamat cuma baby kuning beberapa hari.
5. Setahun berlalu, ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING.
Nak recap gambar pulak k?
Masa nikah, 29/05/2023. Sanding lambat sikit, November 2023 baru sanding masatu dah sarat sangat pregnant malas nak tunjuk gambar sebab aib ek HAHAHAH nasib baik masa nikah cantik and kurus lagiii HAHAHA
Masa ni dah 3rd trimester baru nak buat maternity shoot tapi shoot sendiri kat studio jee. Gambar scan baby pun tah hilang kemana dah ahahaha. Masa ni macam teringin nak buat sebab memang takde kenangan sangat dengan peyut gendut tu ahaha so cam ajak la suami buat photoshoot. Masa ni Feb, March terus kena warded. Ada hikmah la ek.
Ni baru sikit ya, ada banyak lagi tapi tak amik gambar pun. Peha kanan kiri sampai lebam sebab asyik tercucuk tempat sama je aha. Macam mana la I can endure that pain kan? Semua sebab anak ;)
Ni la anak saya yang comey sangat tu. Sekarang dah banyak akal tau. Makin nakal juga tapi takpe asalkan sihat, Alhamdulillah!
Okay lah dah tu je boleh share, the rest is history :)
Salam sayang semua,
A.