Assalamualaikum, hi guysss.
It is been 2 years since I stopped writing, right? Too many things happened till I forgot that blog exists. The only place that I can rant about so many things without being judged. I hope so HAHAHA
Apa lah khabar semua orang yang selalu baca blog saya ni kan? Hopefully masih sihat dan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing. In sha Allah.
Suami saya antara orang yang sentiasa setia menunggu update daripada blog ni. HAHAHA I hope you read this okay, sayang? Thank you sebab belikan I keyboard and mouse baru andd still support I yang nak start menulis balik ni.
Okay back to the topic, sorry banyak sangat nak borak sampai lupa tujuan utama nak share dalam post ni HAHAHAHA.
A few days ago, I was craving maggi so bad. Sampai tak tahu nak makan maggi apa sebab banyak sangat wujudnya jenama maggi sekarang HAHA tapi saya tak bagitahu sesiapa pun even my husband. My husband ni jenis kalau once I bagitahu I craving nak makan apa, dia akan terus "okay jommm" HAHAHA masatu tengah macam okay lagi craving takdelah sampai kalau tak dapat tu boleh merajuk kan HAHA then semalam lepas briskwalk kat walking pad je sebab luar jerebu teruk sangat. Tiba-tiba dapat idea best juga kalau sarapan kat hotel ni kebetulan few days ago ada viral satu hotel kat Bandar Seri Alam ni boleh walk-in je breakfast dia. So saje ajak pastu dia pun "okay jom siap". Dah sampai sana macam biasa macam macam makanan ada sebab buffet kan, what you expect tapii sedap lahh sangat worth untuk RM20/pax murah sangat tapi makanan unlimited makan sampai tak boleh berjalan weh haha pastuuu lepas ambik makanan, saya perasan ada satu pondok ni dia tulis "noodles, teh tarik and lontong" saje la tengok kebetulan ada maggi yang jenama maggi tu hahaha saya tanya la staff tu ni maggi sup biasa or boleh request maggi goreng. Dia kata oh maggi sup biasa je then okay la saya minta dia masakkan. Tengah makan tu kan tiba-tiba terfikir eh bukan haritu saya baru craving ke nak makan maggi? Likeee WOW sangat sebab dengan cara macam ni rupanya Allah makbulkan doa saya siap ada orang masakkan lagi HAHAHA sangattt bersyukur. He really hears me.
Then terus teringat kisah 7 tahun lepas during my uni days.
Masatu raya. Biasa lah raya kan mana mana rumah kalau boleh nak buat open house. So masatu my cousins buat open house and I fully awared yang open house mana ada orang buat pulut kuning and sambal udang. Tapi masatu memang dah beberapa hari memang mengidam sangat nak makan pulut kuning. Sampai doa kat Allah "Ya Allah, saya craving sangat nak makan pulut kuning and sambal udang" Habis je kelas ibu whatsapp bagitahu nanti weekend ni balik tau sebab cuati (mak saudara) buat open house. Then okaylah tapi sepanjang kelas seterusnya tu tiba-tiba ter-doa lagi "Ya Allah, boleh ke saya nak doa saya nak makan pulut kuning and sambal udang" it seems impossible kan sebab yelah open house raya kan. Paling-paling pun orang masak ketupat palas and makan dengan rendang. Then masa pergi open house rumah dia, benda pertama saya nampak is PULUT KUNING & SAMBAL UDANG?????? Ya Allah masatu happy yang bukan main-main punya happy eekkk. Nak nangis rasa tauuuuu!! Terus doa kat Allah lagi, "Ya Allah, nikmat apa lagi yang saya nak dustakan? Apa saya minta, Allah bagi. Terima kasih Ya Allah sebab makbulkan doa saya untuk makan apa yang saya nak. Specific apa yang saya nak"
Nampak simple kan? But it is not for me yang tengah craving sangat sangat. Sebab masatu yang buat pulut kuning and sambal udang paling sedap ialah nenek saya sorang je kat kampung tapi masatu tak balik kampung so sedih juga la tak dapat minta nenek buatkan. Sekali Allah bagi macam tu je???? Like no question at all. Dia macam "Kau nak kan, NAH ambik makan" 😭😭
Then, proceed to the next craving HAHAHA. Back in my uni days juga tapi masatu Ramadan.
Macam biasa bulan puasa wajib la ada bazar ramadan kan? Sebelum sebelum tu selalu je pergi bazar and nampak banyak je jual bomboloni. Tapi on that very specific day when I was really craving for a bomboloni, kedai yang biasa jual kat bazar tu tutup??? What do you mean you tutup on that very specific day ha??? HAHAHA sedih tau sebab biasa bukak je. Pastu google la mana lagi bazar yang paling dekat kat area uni tu sebab tak berani sangat drive jauh jauh semata-mata nak makan bomboloni jee pun hahah. Okay jumpa satu dekat area Taman Universiti. A few KMs juga but still takde and masatu pun dah pukul 6pm. So malas nak gi jauh lagi.. hampir give up tapi tiba tiba nampak Aeon Taman U. Doa kat Allah "Ya Allah semoga ada la rezeki saya kat dalam Aeon ni" Masuk la kedai roti yang biasa pergi tu La Bahome. Situ memang tak pernah ada bomboloni pun sebab biasa memang jual donut kosong tu je. Tapi on that very specific day, dia jual bomboloni. Bukan satu flavour tauuuu??? BANYAKKKK FLAVOUR. Sampai tak tahu nak pilih mana satu end up saya beli banyak juga padahal masatu tengah diet HAHAHA lantak sana dengan dietkuu. Masatu terharu sampai nak nangis masa makan sebab benda remeh je tapi Allah makbulkan??
Benda se-remeh dan sekecil itu je yang saya minta tapi Allah makbulkan dengan cara yang sangat tak masuk akal? Sebab bila pergi lagi La Bahome tu takde dah jual bomboloni? And open house my cousins pun tahun tu je dia buat pulut kuning and sambal udang. The next next year takde punnn?
Se-simple itu doa nya pun Allah boleh makbulkan. Apatah lagi sebesar alam? Tamak la sikit dalam berdoa. Doa je banyak banyak, ingat dunia ni Allah punya. Semua benda ni wujud sebab Allah nak benda tu wujud. Kadang rasa jahilnya saya, saya rasa macam imposibble nya nak miliki sesuatu perkara walhal pemiliknya ialah Allah. Allah pemilik rezeki. Dia yang bagi, Dia juga yang ambil.
Terima kasih Ya Allah sebab tak pernah kedekut dengan kami semua. Padahal kami semua pendosa. Banyak sangat dosa tapi Allah tetap memilih untuk makbulkan doa-doa kami tanpa berkira.
"Ya Allah, Kau kurniakan lah rezeki buat kami. Rezeki kesihatan yang baik, tubuh yang sihat, umur yang panjang dan jangan lah biarkan rezeki yang Kau kurniakan buat kami ni menjauhkan kami daripada RahmatMu. Kau jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur atas apa yang telah Kau kurniakan. Letakkan rasa cukup dalam diri kami agar kami tiada rasa cemburu pada rezeki orang lain. Jauhkan kami daripada rasa "tak cukup" dalam diri kami agar kami terhindar daripada menjadi seorang yang kufur pada nikmatMu. Terima kasih kerana tak pernah berkira pada kami, saat kami rasa tak cukup, Allah sentiasa beri kecukupan itu. Duit dah tak banyak tapi masih boleh bertahan until the end of the month. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah."
Jangan lupa bersyukur ok?
Love, A.



No comments:
Post a Comment