Wednesday, September 16, 2026

"Suami Syurga Saya......"

 Assalamualaikum, and hi. 



Baru-baru ni dalam 09/09/2026 kita semua satu Malaysia dikejutkan dengan berita yang menyayat hati kan? I have never shared anything about what happen that unrelated to me, but this time saya rasa saya kena share juga sebab sangat terkesan dengan saya and even semua orang boleh relate.

Team FDS Malaysia meninggal Dunia disebabkan helicopter dorang terhempas. They were just about to land safely at Long Lellang but crashed down due to fire. Bila baca berita kan, the Capt was just about to land safely di Lapangan Terbang Long Lellang even dah hujung runway tu pun but Allah said no. Sedih sangat sebab we all know yang the Capt dah buat sehabis baik nak land dengan Selamat. Bila tengok video sebelum the heli terhempas tu kan, ada penduduk area sana Rakam heli dorang dah terbakar kat area bawah kipas tu. Then memang nampak the Capt kawal sehabis baik untuk landing but Allah knows everything. He knows they never showed up after that. 

Lepas kejadian tu, saya selalu stalk account Ig & Threads isteri kepada the Capt tu. @/izzatisyamimi
She is really strong for being strong. Tapi saya tahu, being strong is the only thing she can do for now. I can't imagine how she slept every night without her husband now. Traumatizing you know. Lagi menyedihkan, hours before the incident happened, dia dengan anak-anak dia memang otw ke Sarawak untuk jumpa suami dia. They even video-called before the husband went to continue the work. Sedih sangat. All over the news, people shared how nice the husband was. How humble and kind the husband. Kematian yang dicemburui. Pergi semasa bekerja dan mati kebakaran. Dua-dua mati syahid. Semoga Syurga untuk mereka. Syurga yang paling tinggi.


Okay what I wanted to share is about losing someone you really love and rely on. I can't never imagine that. Saya selalu je terbayang and overthink apa saya kena buat kalau one day, Allah ambil suami saya. Saya nak buat apa tanpa dia? Macam mana saya nak teruskan hidup tanpa dia? Macam mana saya nak tahu arah tujuan hidup saya lepas dia takde? HOW and HOW? Selama saya hidup dengan suami saya, saya memang bergantung 90% pada dia. Bukan bermaksud saya tak percaya pada Allah. Saya cuma berharap and sayang sangat pada dia sampai saya memang tak dapat nak bayangkan hidup saya tanpa dia. He is just so patient, nice and love me more than I love him. HAHA I hope so. Apa-apa yang saya buat lepas saya kahwin dengan dia, mesti nak dengan dia. Even saya nak lepak dengan kawan kawan saya pun saya akan bawa dia. Sounds weird kan? But it is the reality, saya kalau boleh tak nak pergi mana mana tanpa dia. Kalau boleh masuk dalam bag, saya bawak!! That is how much I love him. And I can't even imagine how I would live without him, going anywhere without him walaupun saya keluar me-time sorang pun saya rasa awkward sebab dia takde? Padahal me-time patutnya fikir pasal diri sendiri kan? 

There was one time when I warded in hospital (masa tu pregnant kan Sara). Masa pregnant memang banyak masalah. Selalu kena warded sebab ada masalah PE so masa first time warded lama tau 8 hari. Hari-hari nangis sebab rindu suami. Bukan rindu ibu tau hahahaha. Rindu suami. Nak suami, tak nak orang lain sampai ibu kata dia tak boleh lawat pun kita okay je asalkan jangan suami. Memang akan badmood seharian tu. Nak suami mandikan masatu. Kalau dia takde memang malam saya tak mandi eh. Jangan main-main. Bila kita dah sayangkan suami, memang sepenuh jiwa dan raga tu kita serahkan pada dia. Sedih bila ingat balik. Kali kedua warded dah okay sikit sebab ada bantal busuk suami and ada bau dia. Kali ketiga warded beberapa hari sebelum beranak. Masa first tunggu tu pun suami tunggu kat luar Dari 9pm-3am. Baru dia balik ambikkan barang and all. How can I not love him?

Hari-hari doa saya untuk dia sama je. Ulang-ulang doa benda sama kat Allah. Tapi siapalah saya untuk menidakkan qada' dan qadar Allah kan? I just hope the best for him and us. I really do.

If one day, my husband reads this. Know that I always pray for you and us. The same du'a I will never get tired of.


"Ya Allah, peliharalah suami saya di Dunia dan akhirat. Ampuni segala dosa dan kesilapannya sama ada yang terlihat/yang tersembunyi. Yang sedar/tidak. Sesungguhnya Engkau yang maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Kau kurniakanlah suami saya dengan rezeki yang melimpah ruah. Jika rezekinya masih di langit, Kau turunkan lah. Jika masih di bumi, Kau keluarkan lah. Jika rezekinya jauh, Kau dekatkanlah. Jika rezeki nya sukar, Kau permudahkanlah. Jika rezeki nya Haram, Kau halalkan lah. Sesungguhnya dia telah menjadi suami yang terbaik untuk saya. He provides everything for me, Ya Allah. He gets me anything I want. He buys me anything I once said. He remembers what I crave, what I have said even me myself forget about it. Kau luaskanlah rezeki nya, jangan Kau sempitkan. 

Ya Allah, Kau kurniakan lah suami saya kesihatan yang baik. Kau lindungilah dia daripada penyakit yang membawa maut, penyakit yang sukar untuk sembuh. Kau sihatkan tubuh badan nya. Sembuhkan Luka di hatinya. Kau lindungilah dia di mana sahaja dia berada, walau kemana sahaja dia pergi Dan walau apa sahaja yang dia lakukan. 

Terima kasih Ya Allah kerana telah kurniakan saya suami yang baik, suami yang sayangkan saya, suami yang bertanggungjawab, suami yang tak pernah complain nak cari rezeki untuk kami (saya dan Sara), suami yang provide semua (makan, minum, pakaian, tempat tinggal yang selesa) dan suami yang sempurna di mata saya dan ayah yang sempurna di mata Sara Eilena."


Thank you sayang for everything that you have done for me and Sara! I love you so muchie! 💗


Love, A.



No comments:

Post a Comment