Selamat berjuang, semua orang.
Kita semakin hampir ke garisan penamat.
Setelah 4 tahun berjuang demi segulung ijazah, 2 tahun menghabiskan waktu di universiti dan baki lagi 2 tahun habiskan masa di rumah.
Sudah cukup penat, sudah hampir berputus asa, sudah hampir ke garisan penamat.
Terima kasih, badan.
Terima kasih, jiwa.
Terima kasih, hati kerana terus kuat dan ikut sama berjuang hingga ke garisan penamat.
Fasa baru akan bermula, hanya sebentar lagi.
Tiada lagi
"Weh, kelas tadi dr ada cakap apa? Line aku lambat la aku tak dapat join kelas",
"Weh, ada assignment ke?",
"Weh bila nak buat meeting ni?",
"Weh jom record video, esok dah kena submit".
Tiada lagi.
Sekarang dan seterusnya, bermula lah episod,
"Kerja mana sekarang?",
"Korang, apa khabar? Sihat ke? Lama nya tak dengar khabar..."
"Weh rindunya korang...."
"Salam korang, aku nak kahwin!!!"
Perpisahan yang sangat menyakitkan, perpisahan ghaib. Tak dapat jumpa, tak dapat peluk. Hanya memerhati dari jauh.
Tak pernah disangka, persahabatan yang terjalin selama 4 tahun berakhir tanpa berjumpa, langsung. Hanya berserah kepada takdir jika tiba-tiba terjumpa.
"Ya Allah, jagalah mereka. Lindungi mereka. Rahmati mereka. Dan, limpahkan rezeki yang tak pernah putus buat mereka. Mereka yang setia bersama selama 4 tahun, yang sentiasa menolong sedangkan diri sendiri tak mampu. Mereka yang berjuang siang tanpa mengenal malam, bersengkang mata menyelesaikan tugas. Rahmati mereka. Limpahkan mereka dengan kejayaanMu, Ya Allah, Ya Rahman yang Maha Pemurah dan tak pernah kedekut. Rezekikan mereka dengan pekerjaan yang baik dan sesuai untuk mereka, hindari dan jauhkan kami daripada menjadi "Penghukum" mereka. Rezekikan mereka dengan pasangan hidup yang Engkau berkati. Rezekikan mereka dengan perkahwinan yang bahagia sehingga ke SyurgaMu. Dan, hanya yang terbaik buat mereka. Allahumma, aamiin"
Selamat tinggal, 4 SSCM. Selamat tinggal, sahabat.
Selamat berjuang untuk fasa yang baru.
Love, A.