Friday, May 26, 2017

"Ramadhan Kareem..."

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke 1 Ramadhan 1438H ;) Yay!
So alhamdulillah jugak sebab kita sempat sambut ramadhan dan In Sha Allah sempat jugak menyambut Aidilfitri :)
Ni kak sya nak bagi sikit pesanan, simple je pesanan ni tau but please remember ok?
Kepada lelaki, tolong jangan ponteng puasa! Hang tau dak betapa sedihnya kami perempuan tak dapat puasa penuh?! Memang best dapat "cuti" daripada Allah tapi yang tak best and peritnya tu bila nak menggantikan puasa tersebut. Buatnya yang kena ganti berbelas hari, ha?! So please lah puasa penuh tak rugi pun dapat pahala lagi adalah!
Kepada perempuan, tolong rajinkan diri tu untuk tick dekat kalendar berapa hari ponteng puasa tu nanti kang kabut nak ganti tak tau berapa hari ponteng la apa la jangan jadikan itu sebagai alasan. So cuba jadikan ramadhan tahun ni sebagai starting point untuk kita semua berubah atau berhijrah kearah kebaikan. In Sha Allah! ;)

 So

sebenaqnya rini kak sya nak cerita random ja hehehe ha kepada sesiapa yang tanya khabar kak sya, yang try tanya tanya kak sya boleh dak datang melawat, yang doakan kak sya, yang wish kak sya. Terima kasih na! Thank you so much for still wanted to know about me hehehe sebab kak sya memang teringin sangat nak masuk hosp. EH?! Hahahaha takde la kak sya teringin sebab nak tau gak siapa yang betul2 caring kat kak sya. You know who you are thank you so much! Korang awesome so kak sya doakan supaya Allah membalas jasa baik ampa semua ok? Dan semoga kita menyebarkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan sebab yang baik2 tu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk2 tu datang daripada diri kita sendiri ;)
Alhamdulillah, I've been so great after the operation ;) semalam ada jugak pi check up dengan dr handsome pluss kelakar! Hahahaha nama dia dr teoh disebabkan dr haw takdak so dr teoh yang amik case dr haw. Ingatkan dia garang ke apa kan sebab nampak garang plus muda tapi bila jumpa semalam Ya Allah bukan main lembut suara dia cakap pun sopan kelakar pulak tu haih nasib baiklah cina dik oi kalau dak dah lama kak sya try! Hahahaha!
Comel ja bila dia tenang kan kak sya semalam sebab semalam dia cuci hidung kak sya keluarkan segala khazanah yang ada dalam hidung kak sya ni Ya Tuhan besaq2 ketulan-ketulan darah beku tu ek seram kak sya tengok pastu semalam nurse tu tanya nak tengok tak sebab sepanjang dr teoh bersihkan hidung kak sya, kak sya tutup mata sebab fobia dengan kes lepas(on previous post) ha pastu dr teoh tu marah nurse tu dia kata "eh jangan tunjuk kat dia, nanti dia takut pastu nanti dia nangis!" ahahahahaha so cute la you dr! Then masa nak balik tu dia tengok ic kak sya dia tanya "eh lagi berapa hari lah birthday you. Happy birthday. kita jumpa masa birthday you ok? hahahaha takdelah saya gurau je" HA nasib dia kata gurau kalau dak masatu degupan jantung kak sya laju dik oiii hahahahahahaha over tau kak sya ni ;')


Ok itu ja yang bestnya


Oh ya lupa nak bagitau yang kak sya dah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebilik kak sya masa matriks dulu so current obsession kak sya ialah lipstick matte! Ha kalau dulu kak sya obses and suka kumpul phone casing pastu bila sejak sejak masuk matriks tu tengok si fatin nabila tu asyik pakai lipstick ja ha kak sya pun dah terjebak sekali hai matey la nak nasib baik lah kak sya bijak memilih EH? Hahahahaha kak sya beli yang kak sya mampu ja plus yang cantik2 eii kak sya pantang dapat pegang duit dik oiii kak sya ni boros ya amat! ;( So janganlah korang sesekali meniru aksi ini di mana-mana sayangilah duit anda kerana negara kita ni makin merundum sejak sejak dapat pm yang tak berapa nak cerdik ni kan hahahaha lingkup sikit negara kita!
So nak tengok dak collection lipstick matte kak sya, pada kak sya sikit ja ni tapi tak tau la pada ampa sebab kak sya tak suka make up yang lain biasanya kak sya pakai base foundation mary kay pastu tepek bedak compact ja itupun paling malas kalau rajin sikit pakailah eye liner kalau rajin banyak pakailah lipstick matte ha takdak nak main kaler2 mata ni haii kak sya tak pandai lah! Hahahaha
ha ni lah lipstick kak sya ala tak banyak mana pun sebab tak pro lagi part make up pandai pakai lipstick ja itupun kena tengok tutorial dulu sebab takut comot hahahaha

Ha ni kak sya ala2 memperagakan lipstick eh dak! Kak sya posing ala-ala macam insta-famous buat review kat instagram tu padahal kak sya ni orang biasa ja dik :')






So sampai sini saja lah perkongsian mengarut kak sya kakaka sorry lah kalau terbuat lawak hambar kat ampa biasa kak sya buat kat roommates kak sya ja masa kat matriks tapi sekarang kitaorang dah tak dapat bersama lagi so buat kat sini jelah. Jangan lupa gelak k support lawak kak sya :")

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak! :)


Thursday, May 18, 2017

"My very first time being warded...."

Assalamualaikum! Hai and I'm back! Huhu

So today I want to update about how can I be in the hospital for three days.
I had my minor surgery guys. Sebab as you know, I had the worse "resdung"
masa examine bulan 2 haritu doktor(dr) suruh buat x-ray to check my condition then dr explain yang my "sinus" is getting worst and my tulang hidung dah bengkok teruk kah! Mungkin sebab asyik tenyeh dengan tisu je kan so ya! Tulang hidung i senget! Dr sarankan untuk buat operation secepat mungkin but masatu I belum habis matriks lagi so nak buat cane kenalah bertahan sampai bulan 5 then yay! I made it!
I bertahan jugak walaupun seksa dia hanya Allah je yang tahu!

Then habis je matriks ibu cecepat call hosp untuk set the date untuk buat operation OMG! I was like OMG ibu! Cepatnya then bermulalah cerita I masuk hosp

Isnin(15/517)
I puasa masa tu sebab dr kata nak buat operation time tu then oklah kan tetiba dr kata kena amik darah pulak haa sudah dahlah tak makan apa2! Ya Allah! 
Nurse tu saja nak buat i terkejut, eh vein u ni kecik sangat mana nak cucuk nii? Hahahaha kelakar weh aku punyalah seriau time dia kata "takpelah kita cuba cuba je eh dulu" KEPALA AWAK NAK CUBA CUBA ;') Awak ingat saya ni bahan uji kaji ke hahahahaha nasib tak pun wehh. Dia dah jumpa vein aku tu terus cucuk amik darah and drip air sekali macam ni
ha aku takut darah weh and takut jarum jugak so bila dia amik darah and cucuk menda alah tu memang aku tutup mata lepas dah habis proses tuu aku muntah hahaha yela dahla puasa then tetiba kena amik darah memang terhuyung-hayang cam orang mabuk lerr jawabnya! Hahaha

then before operation
 
tq ibu for always being there for me through thick and thin!
This one girl my hardcore supporter dunia dan akhirat, In Sha Allah!
Sorrylah muka tak senonoh plus tak bermaya tu

Then pukul 3;00ptg I dah kena masuk operation theatre sebab dr dah call suruh cepat wehh takut aku pun tak hadam lagi nak suruh operate dah? Mak aiii aduhhhh then nurse bagi ibu masuk bilik operation tu cuma kat bahagian luar je then bermulalah al kisah aku sorang diri dalam bilik tuu

Dia bagi bius satu badan untuk aku pengsan melalui "gas" sebab yang aku ingat nurse tu suruh aku sedut satu gas ni sambil dia cakap "pandang mata saya, walapun tak menawan ni pandang mata saya ok" then aku ada ingat yang aku cakap eh busuk la gas ni then tetiba gelapppp....

Dua jam kemudian pun berlalu aku sedar sebab tekak aku perit gila! Dia sumbat hidung aku dengan kapas and tutup fully hidung aku then aku cuma bernafas guna mulut ja wehhh!! Peritnya hanya Allah je tahu! Masha Allah!
Nurse tu cam pancitkan sikit je air kat mulut aku bagi hilang perit then aku lupa apa jadi pukul 6/7ptg tu aku sedar sepenuhnya then ada anun and ibu kat sebelah. Aku dengar orang bebual cuma tak boleh bukak mata and even angkat tangan pun tak boleh sumpah penat gila! 

then tetiba ibu hantar kat whatsapp gambaq ni


ha macam tulah keadaan saya masa saya belum sedar kena bius tu actually sedar tapi separa sedar sebab aku still dengar ibu bebual dengan anun semua tapi aku takleh nak respon so aku mamai kot masatu?

tq anun sebab teman satu malam! I love you!!!!


Nak tengok benda apa yang dr buang dari hidung aku tak? Euw sumpah geli then ipan cakap macam sotong pun ada then aku tengok cam ketam pun ada hahahahaha
TADAAAAAAA!

Geli tak? Hahahahaha aku geli weh nurse suruh bawak balik benda ni tapi apa kejadahnya aku nak bawak balik hahahahaha nak buat tontonan anak cucu ke?
Euw

then pagi rabu semalam dr panggil aku dia nak bukak kapas yang ada kat hidung aku ni 
YA ALLAH NI SEKSA NAK MATEY!
dia cabut apatah kat dalam hidung aku ni sampai ke kepala sakit dia weh dah la ibu takde menangis weh aku menangis ;(
SUMPAH SAKIT eee aku takleh lupa lagi la sakit dia tu tak hadam lagi sumpah sakit!

Alhamdulillah petang rabu tu aku dah discharged and bermulalah sesi berpantang aku kat rumah. takleh makan pedas and panas2 takleh bersin guna hidung kalau nak bersin kena tutup hidung biaq dia keluar ikut mulut hahahahaha sumpah seksa weh tapi takpelah alhamdulillah everything went very well.
Special thank you to my ibu for taking care of me :)

So kepada sesiapa yang ada masalah resdung atau sinus, please jumpa doktor cepat2 kalau taknak kena operate macam i. So jaga hidung anda baik2 ya memang nampak remeh tapi tulah aku pikio dulu pun ala selsema sikit ja ha kau sampai kena operate apa kejadahnya hal remeh lagikan?

So sayangi diri anda and take care of yourself semua! :)

xoxo


Sunday, May 14, 2017

"Kolej Matrikulasi Johor..."

Assalamualaikum wbt. First of all, alhamdulillah finally I'm officially Alumni of KMJ 16/17 :) Yay! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!

Maybe this post will be the longest one? Ha we'll see then.

Kepada juniors yang bakal masuk KOLEJ MATRIKULASI JOHOR(KMJ) sesi akan datang, kami seniors mengucapkan "SELAMAT DATANG" ya!
KMJ is not that bad. Dulu masa aku masuk sini pun first impression aku ialah, eee ada kelapa sawit? mesti line lembab but then tidakkkkkkk. My first impression totally went wrong babies. No worries sini semua line laju kecuali umobile kakaka umobile mana2 pun lembab :p

So first thing first, aku nak bagi tips bila masuk kmj.

As you know kmj has 6 blocks or hostel I should call it maybe? ( A B C D E F)
Blok A dan blok B ialah blok lelaki sebab lelaki makin pupus so ya dua blok je untuk lelaki :p hahahaha jkjk then start from blok C to blok F ialah blok kepunyaan pelajar perempuan. 

Andddddd cafe ada 3. 
Cafe A ada kat celah blok A dan B.
Cafe B ada kat celah blok C dan D.
Cafe C ada kat celah blok E dan F.
Nanti pepandai lah korang decide nak makan mana. hahaha cafe A tu jarang nau budak perempuan lepak, mungkin ada kot tapi nanti adalah tu mata yang memandang huhuhu sebab pelik en. Cafe B paling popular sebab location dia kat tengah2 so cam jadi tumpuan lah gitu ramai gak pi cafe B ni. And cafe C pulak tak ramai sangat orang tapi sebab murah kan so tengahari ramai je pi cafe C tu. So decide la mana suka :p

Pasal bilik pulak okay?
OK setiap aras ada 32 bilik tak silap sebab masa aku jalan2 keliling blok D ni semua ada sampai 32 bilik ha so yela kot tak tahu blok lain sebab iolls BLOK D3.24 so sesiapa yang dapat bilik iolls tu hati-hati lah ya bilik tu keras sikit. Kakakaka
Masa batch kitaorang, blok D digunakan sampai tingkat 4 tapi tingkat 4 tu pun hanya beberapa bilik je yang dia bukak. Blok lain aku tak pasti sebab malas nak merayap pi blok lain takde kerja aku heh! Siapa dapat blok F tu untungnya dapat scenery yang cantik tiap pagi and senja pastu bilik tutorial and lab pun dekat ja. Tak sampai berapa langkah ha gitchew hahaha tapi blok C and D dekat dengan masjid and dewan kuliah so sesiapa yang dapat blok C and D tu rajin-rajinkanlah kaki tu jejak ke masjid solat jemaah ya :p
Blok A dan B paling dekat dengan dewan kuliah. Dorang siap datang kelas tepat pukul 8 siot hahaha tak guna kitaorang yang duduk jauh ni pun datang awal. Dorang mentang2 dekat datang kemain lambat! Huh!

Ha cerita pasal dewan kuliah kan. Ada 6 dewan kuliah.
1) Dewan Kuliah Besar 1
2) Dewan Kuliah Besar 2
3) Dewan Kuliah Kecil 1
4) Dewan Kuliah Kecil 2
5) Dewan Kuliah Kecil 3
6) Dewan Kuliah Kecil 4

ha ni semua bawah satu bumbung hahaha pandai2 korang cari ok!

Ok back to cerita pasal bilik kan,
satu bilik ada 4 orang tapi ada je yang 3 orang je tengoklah korang dapat yang mana tapi sebab aku ni hidup dah biasa sorang so when I was having 3 roommates I was like ee ramainya tapi bila dah 2 semester tinggal dengan dorang sumpah best lagi2 best bila dapat roommates yang satu kepala dengan kau dan dorang jenis layan je kepala ko hahaha memang alhamdulillah. Gaduh antara roommates tu biasa sangat2 biasa tapi terpulang pada korang nak baik balik macam mana kalau boleh jangan gaduh lama-lama sebab orang yang paling dekat bila kau susah ialah roommates kau tau. nanti pape jadi atau sakit ke korang akan mintak tolong roommates jugak kan. Untung la siapa yang dapat roommates aka classmates jugak tapi jarang sangat berlaku huhu

Then apa nak kena bawak pi kmj nii???
First of all kenalah bawak baju dik oii :') Ha kalau kau orang selangor ke atau negeri lain selain Johor jangan culture shock pulak bila tetiba ahad ko ada kelas hahahaha
Kelas dari hari ahad sampai khamis. Dari pukul 8am-4pm but it's up to your lecturers jugak sometimes ada lecturers yang nak buat extra class sampai pukul 6 and sometimes ada jugak kelas malam biasa dari pukul 8pm-10pm tapi jaranglah kelas malam. Kelas malam kau bebas nak pakai baju apa asalkan pakai baju dik oii ha kalau kelas 8am-4pm tu kau WAJIB pakai baju kurung dan lelaki pakai kemeja T lah kan? Ha jubah untuk perempuan dilarang sama sekali tapi kau tengok muka aku ni ikut sangat ke peraturan tu? Selagi tak kena tangkap pakai jubah, aku pakai je sesuka hati aku hahahaha tapi mostly aku pakai jubah setiap hari khamis lerr. sebab khamis je kelas dari 8am-12pm pastu balik kelas aku selalu tidur sampai asar pastu malam tengok movie hahahaha k jangan ikut jejak aku la eh. Yang mana nak 4flat tu rajinkanlah diri tu untuk study. Setiap ada waktu free je study lah engko ya anak-anak! Ha baru boleh dapat 4flat gitchew hahahaha asalkan RAJIN. Kalau pandai tapi malas pun tak guna dik oii. Ok dah stop bebel. 
Selain baju, kau bawak la apa-apa yang kau rasa penting. Tambahan jela aku bagi tips ni eh kau kena bawak penyapu better bawaklah sebab kan asrama tu kosong dari 10 mei sampai lah 4 jun so berhabuk tu adalah so bawak je penyapu untuk kemas2 bilik korang tu. Pastu bawak baldi, alat2 mandian, pencuci muka, hanger, bakul baju, berus cuci baju anddd bantal pun bawak sendiri dari rumah ya. Kmj ni miskin bantal la hahahaha
and pasal buku rujakan terpulang pada korang nak beli ke tak tapi biasanya jangan bergantung sangat pada nota kuliah sebab nota kuliah tak complete sangat so ya pepandai korang la hidup kalau pasal study tu ek hahaha sis takleh tolong :p

and kat kmj ada koperasi yang juga ada agent bank bsn so maksudnya korang boleh keluarkan duit dekat koperasi je. dekat koperasi ada jual barang2 keperluan yang lain kira macam kedai runcit la kan ha pastu ada siswa ok siswa ni aku panggil sebab dia jual barang2 stationery pastu kalau nak fotostat pun boleh kat kmj ni oh lupa korang nanti kena download nota and tutorial sendiri dekat portal kmj sendiri hahahaha padan muka :p semua kena buat sendiri dik. Dulu masa batch aku la start menatang ni aduh seksa betul nota, tutorial, soalan pyq semua download sendiri bukan lect yang sediakan lagi. Oh btw kmj ada wifi la jangan risau tapi biasalah bila dah ramai yang guna so akan jadi lembab la line nya lebih baik download dan print kat rumah ja hahaha ha lagi satu kalau nak beli topup ada jual kat koperasi jugak tapi kalau dah terdesak sangat tu mintaklah no kawan2 yang ada jual topup sebab ada je yang jual topup nanti kat sana sebab nak dapat duit lebih kan kalau korang nak jual topup pun boleh lagi cantikk hahahaha



So apa lagi korang nak tahu ni? Ni jela kot aku boleh share sebab ini je pun yang aku tau kalau nak tahu lebih lanjut pergilah google cari dari blog lain pulak kakaka.
So this time let me share our pictures pulak k













roommates of D3.24 ❤❤❤











first classmates and practicum ms13 ❤❤





















OOKAYYY DAH TAMAT :)