Saturday, December 27, 2014

"Past......."

"Our pasts can be the best lessons in life"

Too many things I go through until I think that was very memorable to me.
Something that I can learn from or maybe just to be remembered only

Kadang2 semua benda yang pernah jadi kat aku dulu boleh buat aku gelak guling2 sensorang atas katil. Buruk noh perangai tika zaman jahiliah hahahaha
Rasa nak hempuk kepala pun ada sebab bila pikir balik pehal lah aku boleh jadi sebongok tu..... lagi2 part puppy love bagai...Allah! Scha oiiii macam perigi cari timba hang tau dak sumpah aku nak hempuk diri sendiri sekarang ni hahahahahahaha dah jangan gelak. Aku je boleh eleh cam korang takde lalui pengalaman yang so horrible I think. Too worst to handle aaa scha puih 

Tapi apa salahnya kan. YOLO brothers, sisters!!! Kalau tak lalui, ko taktahu pastu ko takkan mungkin belajar.... KEHIDUPAN mana pernah indah belaka je woi... siapa hidup indah belaka je tu meh sini ganti tempat aku haaa 

Nak share sikit pasal diary yang aku kumpul dari form 1 sampailah bakal form 5 ni aku ni jenis sentimental sikit macam ibu cakap aa perangai aku sebijik arwah ayah. Suka noh simpan barang lama eii tapi pada aku kenangan weii bila lagi nak merasa..... masa takboleh diundurkan mahupun dicepatkan.... tulah satu2 nya kenangan yang aku ada hihihi


Tengok dari kanan tau.... dua diaries masa form 1, dua diaries masa form 2, 1 diary masa form 3, form 4 and bakal menulis diary baru for form 5 nanti

Jangan ketawa eh aku sumpah jadi pen nanti

Entahlah tadi tengah decorate diary untuk form 5 tetiba nampak kotak dalam laci aku pun ekceli lupa kotak tu hahahaha pastu tadi bukak je drawer nampak my former diaries kan then aku selak lah hahahahahahahaha Ya Allah Ya Rabbi ampunilah dosa aku Ya Allah......
Ada kenangan manis ada kenangan menakutkan, ada kata2 kesat zaman firaun dulu haih scha2 orang ke setan ko ni dulu hahahahahahaha

Eh tapi aku dah tobat eh jangan accuse bukan2 aku lempang nanti

Nak share tulisan masa form 1-4

Form 1



Form 2



Form 3



Form 4




Form 5 nanti dulu ehhhhhhhhhh belum 2015 lagi weh hahahahaha
Ya Allah wei buruknya tulisan
Badan je besar tulisan sekecik semut kakakakaka
"Our writing is reflection of our true colours"

Haaa tu orang cakaplah tapi aku setuju gak...

Banyak sebenarnya aku belajar dari zaman silam aku salah satunya pasal kawan, lelaki.....
Kawan baik boleh jadi musuh, lelaki yang aku syok boleh jadi lelaki yang paling aku benci....
Aku ada dua attitude... satu, ada benda yang aku rasa aku nak share aku akan share kat semua orang macam update blog ni. Dua, aku sorang je tahu & will keep it by myself no matter how hard it is.

Lantaklah orang nak cakap apa. Nak judge? Judge jelah aku pun kadang2 judge orang without knowing the true story... kita manusia mana pernah lari dari buat silap. Kalau nak positive sangat kat orang pun takut kena pijak. Nak negative sangat kat orang pun takboleh gak setan jadi kawan nanti
Ha so hard to choose so I decide to be both of it. Positive or negative kena tengok keadaan.

Only Allah can judge His servants. He knows us well

Moga Allah jauhkan kita semua dari segala bentuk fitnah. Amiin

Be yourself,do love yourself. If you don't, don't expect people to do this to you.
Allah never far away from His servants

Doa doa doa doa doa doa

Whatever happens, how hard the situation will be, whoever you are, DOA/PRAY!

May Allah answer your prayers sooner or later.




XOXO 





Thursday, December 25, 2014

"Pengorbanan...."

Ha! Jumpa lagi kita, Alhamdulillah sementara aku tak sibuk ni bolehlah aku update nanti dah sibuk nak spm pulak(cehhhh) hahahaha 
Okay harini kita bakal kupaskan tajuk "PENGORBANAN"... memandangkan dah pukul 4;35 am ni aku tak tidur lagi ekceli bukan tak tidur tapi dah tidur cuma terbangun sebab bunyi guruh & kilat sabung-menyabung yelah musim cutikan... & dalam kesempatan waktu ni aku nak mintak rakan2 yang baca entry ni((kalau ada)) tolong doakan saudara2 kita kat belah timur sana memandangkan kita takde duit lagi so doa dari jauh je okay. Semoga mereka sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Melindungi...Amiin

Pengorbanan siapa ni? Pengorbanan isteri kepada suami? atau sebaliknya? Pengorbanan seorang kekasih? Hahahaha kekasih pun tadak cilakak hahahahaha okay tak lawak! Aku sumpah jadi katak nanti

It's about mother's sacrifices...... takpayah nak tunggu hari Ibu baru nak ingat pengorbanan ibu.... Sebab ibu is the most important person((VVVVVVVVVIP)) in our life..
Aku cakap pasal ibu ni pun sebab kadang2 aku sampai lupa ibu dah banyak sangat berkorban untuk aku.....BANYAK SANGAT
takpayah amik contoh jejauh..... contoh paling dekat pasal ibu memasing je tapi pada sesiapa yang sudah takde ibu, mohon maaf ya mari kita doakan sama2 semoga dapat jumpa di Syurga Allah kelak. Amiin...
Bila aku sakit kan ekceli aku jarang sakit cehhh konon sistem imun dalam badan kuat hahaha eh seriouslah takyah ketawa garu perut sangat eh jentik dahi nanti baru tahu!
Okay jauh sangat lari topik ni.... Aku jarang sakit tapi bila sakit tu kira teruk jugaklah kan... contoh kalau demam Allah jelah tahu sakit nak bangun dari katil tu cemana sometimes nak solat pun hujung2 waktu.. Tapi ibu selalu adaa....... Ibu aku takdelah sampai mintak cuti nak jaga aku cuma dia punya caring bila aku sakit tu rasa cam nak sakit hari2 jek hekhek takdelah gurau je. Masa tu pernah lah aku demam kuat tahun lepas kot entah lah aku lupa dia mintak half day of work pastu dia suruh aku siap2 jumpa doktor.... pastu korang jangan ingat free. Ubat kat klinik tu mahal2 takkan mampu nak bayar balik tau kekadang ubat aku je nak dekat 100 RM okay bukan rupiah cubit kang haaa

Mother can be the best doctor when you're in pain

Takde siapa boleh jaga kau sebaik ibu kau sendiri jaga kau tau..... Kadang2 aku sampai terpikir apa aku boleh buat bila dorang sakit dah tua nanti adakah sama macam ibu jaga akuuu atau sebaliknya Waallahua'lam

"Apa yang seorang anak buat untuk ibunya takkan sama dengan apa yang pernah ibu lakukan untuknya"

SubhanaAllah, murni sungguh cinta ibu buat anak-anaknya
Because Ibu has the purest love for her children

Takpayah tunggu kau sakit. Ibu setiap hari tunjuk kasih sayang dia mungkin dia tak tahu macam mana nak ungkapkan rasa sayang dia pada anak-anak, dia hanya mampu tunjukkan rasa kasih sayang & cinta dia pada anak-anak melalui perbuatannya.....
"Love is like wind, it can't be seen but it can be felt"
Kita je selalunya yang cakap i love you lah. Kita sayang mak lah kadang2 mak kita pun dah lali dengar sambil cakap, "Ko cakap je sayang tapi sakitkan hati aku jugak"
Tapi para ibu kena tahu jugak, kita sebagai anak ni bukan sengaja nak sakitkan hati ibu. Kadang2 apa yang kita cakap tu terkeluar secara spontan tapi perkataan tu takde makna apa2 pun cuma kita taktahu apa yang kita cakap tu dah sakitkan hati ibu..........

Macam kes ibu aku ni....
Semua perkataan yang keluar daripada mulut dia kalau boleh nak buat aku nangis setiap hari bawah bantal tau...
Kadang2 pasal makanan pun boleh buat aku nak nangis.. Makanan je pun tapiii


"Ibu adik nak habiskan ayam goreng ibu boleh tak?"

"Makanlah dik. Ibu dah puas makan ayam... Dah 40 tahun ibu makan ayam rasa dia tetap sama. Makanlah"

Padahal aku tahu yang ibu lapar sebenarnya! Demmmmmmmmmmmmm!
Aku cepat terharu siak. Rasa nak nangis dia cam rasa satu baldi pun tak cukup nak tampung air mata ni. Bukan niat aku nak menganjing ke hape tapi ... ko ada mak kan? Ko akan rasa benda yang sama apa aku rasa bila dia cakap cemtu tau. Ya Allah, please grant my mother to your Heaven! Amiin...
Bila ko mintak sesuatu pernah tak mak kau marah sambil cakap, "TAK BOLEH!"
Mustahil melainkan kalau ko mintak barang mahal eii kalau kena dengan mak aku bukan setakat dapat jeritan silap2 penampar pun dia bagi telan apedehal gua dah biasa so sambil2 tu dia akan memberi sedikit sindiran yang gua rasa enak weii

"Ko ingat aku cop duit macam cop daun?! Banyak cantik muka ko. Belajar malas mintak macam-macam. Jangan harap"

Haaa waktu tu barang yang ko nak tu hanyalah sekadar bayangan misteri yang menghantui diri...

Mak ko mesti cakap, nanti tunggu gaji ke apakan takpun dia suruh ko doakan dia supaya dia dapat gaji awal untuk belikan ko barang yang diidamkan tu....... Biasa cemtu la. Mak aku je rare sikit hahahaha muah xoxo

"Seorang ibu mampu menjaga 10 anak tapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu"

Cukup-cukuplah aku & korang semua lukakan hati mak memasing.
Sebelum waktu memakan usia, baik cakap takpun bisik kat mak korang mintak maaf atas semua dosa. Takyah tunggu hari raya takut terlambat.... Kalau malu sangat, tunjukkan yang korang sayang melalui perbuatan. Buat baik, patuh arahan In Sha Allah, Syurga lah tempat bagi anak-anak soleh solehah. Amiin






Cyunx Ibu muah xoxo :*

Monday, December 22, 2014

"Hard but brittle..."

Okay sebelum kita memulakan esei untuk hari ini, aku nak cakap yang aku dah deact my twitter acc!
So pada sesiapa yang risau eh dia ni block aku ke haa? Taklah, I just want to spend my time with lovely ones! Kekeke macam ramai je yang baca entry ni ceh!


Ha sebelum aku cotcet panjang lagi ekceli tajuk "Hard but brittle..." tu ibu punya idea..Tadi tengah buat kimia dengan ibu tengah syok2 tu tetiba ibu starts nagging ah pasal kimia tetiba terkeluar dari mulut dia ayat "Hard but brittle..." then aku pun jerit! Eiiiiiiiiiiii ayat tuuuu! Ibu bagi adik(manja hoccay) satu inspirasi nak tulis entry kalini! Hahahaha makaceh ibu <3



Okay barulah nak start nagging untuk uolls pulakkk!







"Hard but brittle..." ni almost suitable dengan HATI kita....
Well said, hati kita kuat tapi mudah pecah! 
Cemana tu?

Banyak faktor kenapa HATI kita boleh pecah cuma our action je wether we can control it or not.
Tak mudah untuk kita kuat bila kita ditimpa musibah sebab kita berhak untuk sedih untuk menangis untuk meraung itu je cara kita nak lepaskan rasa sedih kita sedangkan orang taktahu apa kita rasa apa kita alami apa kita buat selama ni....
Orang memang takkan faham sebab kadang kala kita sendiri pun tak dapat nak faham kenapa kita di letakkan dalam situasi yang kita tak pernah minta.
Tapi apa erti WARNA-WARNI KEHIDUPAN kalau kita tak lalui semua ni?
Ni semua pengalaman ....... HIDUP memang takkan selamanya indah....
Dan dunia memang takkan pernah nak tengok kita hidup senang-lenang....


Sedangkan FIRAUN pun kena hadapi banyak masalah padahal dialah orang paling zalim dalam dunia! Orang tak berani lawan FIRAUN tapi dia tetap ada masalah sebab hidup tak pernah tenang!
Nabi Muhammad SAW((jangan lupa selawat ke atas NABI junjungan kita)) terpaksa hadapi kesedihan yang melampau sebab kehilangan dua orang tercinta iaitu isteri Baginda & Bapa saudara baginda secara serentak. Bukan tu je Baginda terpaksa hadapi serangan banyak orang yang masih tak dapat terima ajaran AGAMA ISLAM......

Jadi jangan jadikan alasan kenapa kita tak boleh kuat untuk hadapi ni semua!
No one can stop us from being sad... Takde siapa nak marah kau nak nangis...
Nak nangis? Nangis jelah kalau itu yang boleh buat kau kuat!
Nak menjerit? Jerit jelah kalau itu yang boleh buat kau lega!
Nak meraung? Meraung jelah kalau itu boleh buat kau cari kekuatan diri kau balik...

Dalam hidup ni takde siapa boleh halang kita daripada buat apa2 cuma sama ada benda tu baik atau buruk jelah.



Putus cinta?
Orang tersayang meninggal dunia?
Jatuh sakit?

Semua tu aku pernah rasa so bukan kau sorang yang sedih sekarang ni...
Kalau kau sedih, ada orang lagi sedih daripada kau!
Kalau kau miskin, ada orang lebih fakir daripada kau!
Kalau kau fikir kau gemuk sekalipun, ada je yang lebih gemuk daripada kau tapi dorang happy je?!
Kalau kau fikir takde siapa nak support kau, kenapa kau tak fikir ada ALLAH untuk sentiasa dengar masalah kau? Kau takpayah cerita pun Dia tahu! 
Kenapa kau tak pernah terfikir tu semua? Astaghfirullahala'zim!




HATI KENA TABAH
bukan untuk sekali dua tapi untuk selamanya.....





Aku cakap macam ni bukan sebab aku dah hebat, bukan sebab aku dah power!
Tapi ini semua akan jadi bahan rujukan aku jugak nanti bila aku down............
At the end of the time, DIRI KAU SENDIRI yang akan bantu kau untuk terus kuat!

Kalau setakat putus cinta, In Sha Allah kau akan jumpa the best than before! 
YOU DESERVE BETTER, BABY
No worries
Allah creates us in pair so apadehal beb?!
Kau risau jadi anak dara tua? Hei buatpe nak risau? Kat SYURGA nanti kau pilih je mana nak. Allah izinkan! 
Kau risau jadi bujang terlajak? Kat SYURGA tu berlambak PARI-PARI YANG CANTIK BELAKA
Life is so simple baby but the one makes this life becomes more complicated is us!





So

the conclusion is


JAGA HATI KORANG BAIK-BAIK.
JANGAN SAMPAI PECAH BERDERAI PASTU KO TAKTAHU NAK PULIHKAN TAU!
 
So, whoever reads this entry
I pray for your happiness, your successful.
May God bless you & ease everything that you do! Amiin

Salam sayang rindu muah muah laga-laga pipi ciked :')

Saturday, December 20, 2014

"Jiran sebelah rumah..."

Okay tengok tajuk pun macam seram sejuk je kan. Hahaha taklah harini kita bercerita pasal 'crush' sebelah rumah eh...... ((pada sesiapa yang tahu rumah i, jangan serbu pulak tengok siapa jiran i hahahaha))

Alah so typical lah kalau ko suka someone kan... ekceli aku ni stuck dengan jiran sebelah kot ala dia pun sebenarnya dah lama berjiran dengan aku. Dulu kala, dia duduk depan rumah aku kira jiran depan rumah lah kan..... pastu taktahu apa masalah dia gatal sangat pi pindah sebelah rumah aku lak pastu jadilah jiran sebelah rumah. Okay dah bukan tu pun aku nak cerita kakaka

Nak dijadikan cerita aku ada jiran perempuan yang duduk sebelah rumah dia alah kira rumah dia tu tengah2 lah. Aku dah lama kawan dengan dak perempuan tu dari umur aku 4 tahun so kebanyakkan cerita hidup aku tahu kira minah tu tahulah termasuk sejak mamat tu pindah dok sebelah rumah.....

Mamat ni dia sekolah kat sekolah mak aku ((bukan sekolah tu mak aku punya)) tapi mak aku cikgu kat sekolah tuuuuuuu pastu mak aku kenal ah dia alamak susah tol nak eksplen ni hahahaha
Ya Allah aku pun taktau cemana aku boleh suka dia weh... nak kata handsome, TAK ((hahahaha macam aku cantik je LOL)) entahlah kalau aku tanya member aku semua cakap dia kelaut ah senang cerita. ADOIII SCHA!

Entah apa yang dia buat kat aku pun aku taktau, ilmu sembur ah ni hahahaha taklah tipu je
jarak umur kitaorang setahun je tapi dia tua lah aku muda so apedehal hahaha pepandailah teka
satu hari ni aku keluar lepak dengan minah jiran aku tulah haih malas pakai nama betul nanti dia baca matilapaknak kuikuikui ala lepak depan pagar rumah je pun! Takdenya nak lepak sampai pi jusco sana! Aku dak baik kakaka pastu tengah lepak bebual ketawa macam orang hilang kewarasan akal gitu tetiba mamat tu lalu depan rumah naik motor.. Ha kau! wayar2 yang tercabut masa ketawa tadi kelam kabut pasang balik nak kaver cun punya pasal padahal masatu tudung dah jadi cam awning rumah banglo puih kalah orang nepal jual karpet! Nau'zubillah punya rupa anak hantu ni kakaka
pastu dia dah lalu tu pe lagi bukaklah storymorystrawberry aku kat minah ni.... dok dok cerita tu tertimbul lak perkataan "EH, AKU SUKA MAMAT TULAH....." Pastu keadaan kembali haru-biru bak menganjing aku puih ahhh! AKU SUKA JE KOT! hahahaha

pastu dalam beberapa((skema punya ayat sebab tak jumpa ayat lain. K)) hari tu aku dah lama tak nampak mamat tu bersiar-siar depan rumah aku selalunya dia bawak motor ajak member dia lepak kat rumah! Adoiii rindu lak kakaka
esoknya aku tanya si minah ni mana mamat tu sebab kalau nak tau minah tu rapat gak dengan mamat crush aku tu alamak sakit hati gak tapi nak buat cemana ... dari minah tu jelah aku dapat cari maklumat kakakaka pastu si minah ni cakap mamat tu kerja sebabtu jarang nampak kat rumah..... pulakkk dahhhhh baru nak make a step ahead nak ngorat pastu kerja lak takkan nak datang tempat kerja dia lak tak ke gila tu....

Tapi yang syoknya bila malam wei sebab apa tau almost setiap malam dia akan memekak kat depan rumah dia ((agaknya nak suruh satu taman dengar gaknya)) cukuplah i je yang dengar suara u hahahaha pastu bila dah dengar suara dia aku pun cariklah alasan kat ibu nak keluar jap bukan keluar mana pun keluar kat bahagian porch jeeee.. nak SKODENG dia punya pasal wei! Astaghfirullah!!!!

Aku akan sorok di balik dinding rumah aku semata-mata nak dengar apa dia cakap asal dengar suara dia pun jadiklah sebab suara dia bak pain killer gua! PUIH HA HA HA

TIBA-TIBA...................... aku tak tahu pulak apa yang aku buat hampir setiap malam skodeng dia tu ekceli dia tahu YA ALLAH MALUNYA AKU hahahahahahahahahaha
dia ada tanya kat si minah member aku tuuuuu dia tanya "EH MINAH JIRAN SEBELAH RUMAH AKU NI MACAM SKODENG AKULAH!" taktahu pulak yang dia dapat tangkap adomakkk kantoi ah bruhhh!
ada sarung telekung tak? nak sarung muka!!!!! Tahap malu ko takyah cerita ahhhhhh lagi malu bila si minah ni tanya kat akuuuuuuu phewwwwwwww rasa cam ko dah berak kat tengah jalan pastu taktau nak sorok taik ko kat mana ha cemtulah tahapnya!!!!!!!

Aduhhhhhh pastuuuuuu ennn

si minah member aku ni dia punya kepoh en ko takyah cakap!!!!! Dia pi bagitahuuuuuuu kat mamat tu yang aku suka dia YA ALLAH! Aku baru nak feeling2 suka kat orang tu lelama gitu en hahahaha puih scha puih! TAPIIIIIII

the best part was...

when the person that you like, like at you back! 

Rasa cam dunia ni aku punya weiii!Adudududududu
Dia ada cakap kat si minah tu yang dia suka aku gak tapi dia takut nak approach aku dulu kekeke malunya i...... dia cakap dia tak setaraf lah apalah pordahhh! nyampah tau alasan entah kutip memana lettew eleh macam orang tak tau clishe sangat!
ah tak kiralah part tuuuuu! Hahahaha asalkan dia suka aku balik dah cukup tu je aku nak dengar k!

Satu hari tu aku sesaja lepak belakang rumah oleh sebab belakang rumah aku banyak kucinggg tak kiralah kucing orang, kucing datang semua ada pastu tengah2 lepak tuuuu, mak si mamat crush aku ni pun keluar belakang rumah nak buang sampah tetiba dia nampak akuuuu and then kitaorang pun bebual ah pasal kucing bla bla bla tetiba mamat tu keluar maybe sebab dia nak tahu kot mak dia bebual dengan siapa kan HALLOOOOO bebual dengan manusia lah takkan mak u bebel sesorang kot ishhhhhhhhh AKU TERPERANJAT BILA DIA TENGOK AKU WEIIII first time tau eyes to eyes! OMG hahahahaha tapi nasib baik aku pakai tudung masa tu YA ALLAH kalau tak menangis tak berlagu aku wei hahahahaha

Kira kitaorang ni bercontact melalui si minah ni lah. Kira minah ni dah macam post man post sana post sini sampailahh satuu hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii













Aku scroll fb mak aku oleh sebab aku dah deactive fb kan tiba2 aku nampak mamat tu post gambar dengan sorang perempuan yang aku rasa perempuan tu ekceli classmate tuisyen aku YA AMPUN hati aku masa tu en dah kecai kecai dah tapi entahlah zaman jahiliah do hahaha rasa bodoh pun ada gak yelah dia cakap dia suka aku pastu dia amik gambar dengan perempuan tu dekat2 laktu! Perempuan tu pun jenis kegatalan overload haihhhh!
Dah lah sejak dari hari tu

aku give up


aku dah amik keputusan taknak suka dia lagi aku suka orang lain kekekekeke
tapi amik masa lah wei emmmmmmmm

tapi sekarang dah okay... Aku pun tak marah kat mamat tu. I okay jew dah tak jiwa kacau lagi uolls
dah stabil ALHAMDULILLAH
kira apa yang aku lalui ni kira satu lesson gak bagi aku boleh buat story kat anak2 nanti kekekeke
baru dorang tau mama dorang ni sekuat batu bata rumah tau! Haaaaa
So sekarang dah takde hard feeling lagi cuma bila nampak muka dia cam nak baling periuk belanga senduk kalau boleh tong gas sekali aku nak baling hahahaha geram je..............

So the conclusion is
Don't trust people by words. Because the words may lie.
But trust actions because the actions may remain constant! LOVE <3

Wednesday, December 17, 2014

"End of 2014...."

18.12.2014//Thursday//01:37 a.m

What do you want in your life? Of course something that can make you HAPPY!
No one deny it. I want it too.
But don't you think Allah can give you HAPPINESS directly? Maybe YES or maybe NO.
"Sometimes a HEARTBREAK can push you to Allah nearly"
When you have problems just imagine teachers are there but they always quiet when you're having tests!
Allah is there everytime you need HIM. He will never ever leave you behind...
So at the end of this year, have you achieved what you really want?
I hope you have.. & I'm glad if you have it.


As we grow up, too many things we have to face.
Wether it is under our control or out of our control....
Somethings that is really worth it!

Something happens for a reason!

Allah never put you in a situation where you can't handle!

And 

how about your preparation on 2015?
Of course you want to make some changes right?

If you ask me what I want,

- I really hope that I could be a better Muslimah
- Get a result of SPM with flying colours!
- Be a good daughter to my parents
- Make people around me proud of my efforts to be successful
- Be a good Muslimah that's always TAAT PADA PERINTAH ALLAH
- Get rid of all my bad thoughts!
- Be optimistic
- & always have a good thought in whatever happens.

((AMIIN))

I know most of you want the same things but what else we can do besides MAKE AN EFFORT TO MAKE THINGS HAPPEN.

Allah always gives us strength to make things that what we want to happen
So I hope I can be more stronger when everything seems more harder as we get older.


As we all have our own dreams so I pray for our best achievement!
May this 2015 could be the best in everything we do!

Whatever you had done in your past, whatever wrong doings you did, whatever mistakes you make, LEAVE IT BEHIND.
But don't forget to take it as a good lesson!
BOLEH PANDANG, TAPI JANGAN TINGGAL DI SITU LAGI!

Allah never be far away from us!
Because sometimes kita yang makin menjauh daripada Dia.

But whatever happens, how hard the situation would be
JANGAN PERNAH BERBOLAK-BALIKKAN HATI KAMI, YA ALLAH.
SESUNGGUHNYA TIADA SIAPA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH SWT.

BYE 
2014

YOU HAVE TAUGHT ME A LOT!
ALHAMDULILLAH FOR THAT! 



Wednesday, December 10, 2014

"People...."

There are so many things that we can describe about people.
Either they are around us or not.

We are like observants which observe things around us.....
Macam-macam yang terjadi & benda yang terjadi ni sometimes terlalu dekat dengan diri kita atau mungkin kita sendiri yang akan alami... Who knows right?

People come & go ((Easy come, easy go))
Tapiiiiiii
ada sesetengah yang pergi takkan kembali kan? Tu pasti sebab tu janji Allah yang sangat pasti! 
No one can deny it.
Ada pulak sesetengah yang pergi & mungkin kembali sama ada dalam masa yang singkat atau panjang. Terpulang....

That's what life is about...

Because in the same time we change mentally & physically

So to the people who leave us maybe they have their own reasons why they did..
& to the people who stay, we should appreciate before losing them because they've been with us through thick & thin.

Alhamdulillah, thank you to our Creator.


But a thing you must know, don't depend too much on people for your happiness.
They would dissapoint you.

"Cuba berdiri atas kekuatan diri sendiri"

"Bila kau ada gantung gambar seseorang yang kau sangat sayang, jangan gantung tinggi sangat sebab bila jatuh bingkai & kaca akan berderai tinggal serpihan sisa macam hati kau. Jadi, bila nak gantung tu gantung rendah je so bila jatuh takdelah berkecai"

I find that quote is very interesting, so I hope it can inspire you even just a little.

People come and go but memories stay.
People may change but memories just don't.

Faham tu.

"Manusia datang dalam hidup kita ada dua sebab ;
    sama ada
                   dia memang ditakdirkan untuk kita 
                                 atau
                   dia hanya singgah untuk memeberi pengajaran"

I've mentioned that in my previous post but I don't know which is it so just in case you didn't read it so here is it. ((banyaknya "it" kakakaka))


"There's always a shade of grey between black & white colour"

Don't give up.

Whatever you do, whatever you feel.... don't forget to make a du'a
and may this quote encourage me as well as it has encouraged you! 
Amiin, Ya Allah!


BE THANKFUL, BE GRATEFUL <3