Ha! Jumpa lagi kita, Alhamdulillah sementara aku tak sibuk ni bolehlah aku update nanti dah sibuk nak spm pulak(cehhhh) hahahaha
Okay harini kita bakal kupaskan tajuk "PENGORBANAN"... memandangkan dah pukul 4;35 am ni aku tak tidur lagi ekceli bukan tak tidur tapi dah tidur cuma terbangun sebab bunyi guruh & kilat sabung-menyabung yelah musim cutikan... & dalam kesempatan waktu ni aku nak mintak rakan2 yang baca entry ni((kalau ada)) tolong doakan saudara2 kita kat belah timur sana memandangkan kita takde duit lagi so doa dari jauh je okay. Semoga mereka sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Melindungi...Amiin
Pengorbanan siapa ni? Pengorbanan isteri kepada suami? atau sebaliknya? Pengorbanan seorang kekasih? Hahahaha kekasih pun tadak cilakak hahahahaha okay tak lawak! Aku sumpah jadi katak nanti
It's about mother's sacrifices...... takpayah nak tunggu hari Ibu baru nak ingat pengorbanan ibu.... Sebab ibu is the most important person((VVVVVVVVVIP)) in our life..
Aku cakap pasal ibu ni pun sebab kadang2 aku sampai lupa ibu dah banyak sangat berkorban untuk aku.....BANYAK SANGAT
takpayah amik contoh jejauh..... contoh paling dekat pasal ibu memasing je tapi pada sesiapa yang sudah takde ibu, mohon maaf ya mari kita doakan sama2 semoga dapat jumpa di Syurga Allah kelak. Amiin...
Bila aku sakit kan ekceli aku jarang sakit cehhh konon sistem imun dalam badan kuat hahaha eh seriouslah takyah ketawa garu perut sangat eh jentik dahi nanti baru tahu!
Okay jauh sangat lari topik ni.... Aku jarang sakit tapi bila sakit tu kira teruk jugaklah kan... contoh kalau demam Allah jelah tahu sakit nak bangun dari katil tu cemana sometimes nak solat pun hujung2 waktu.. Tapi ibu selalu adaa....... Ibu aku takdelah sampai mintak cuti nak jaga aku cuma dia punya caring bila aku sakit tu rasa cam nak sakit hari2 jek hekhek takdelah gurau je. Masa tu pernah lah aku demam kuat tahun lepas kot entah lah aku lupa dia mintak half day of work pastu dia suruh aku siap2 jumpa doktor.... pastu korang jangan ingat free. Ubat kat klinik tu mahal2 takkan mampu nak bayar balik tau kekadang ubat aku je nak dekat 100 RM okay bukan rupiah cubit kang haaa
Mother can be the best doctor when you're in pain
Takde siapa boleh jaga kau sebaik ibu kau sendiri jaga kau tau..... Kadang2 aku sampai terpikir apa aku boleh buat bila dorang sakit dah tua nanti adakah sama macam ibu jaga akuuu atau sebaliknya Waallahua'lam
"Apa yang seorang anak buat untuk ibunya takkan sama dengan apa yang pernah ibu lakukan untuknya"
SubhanaAllah, murni sungguh cinta ibu buat anak-anaknya
Because Ibu has the purest love for her children
Takpayah tunggu kau sakit. Ibu setiap hari tunjuk kasih sayang dia mungkin dia tak tahu macam mana nak ungkapkan rasa sayang dia pada anak-anak, dia hanya mampu tunjukkan rasa kasih sayang & cinta dia pada anak-anak melalui perbuatannya.....
"Love is like wind, it can't be seen but it can be felt"
Kita je selalunya yang cakap i love you lah. Kita sayang mak lah kadang2 mak kita pun dah lali dengar sambil cakap, "Ko cakap je sayang tapi sakitkan hati aku jugak"
Tapi para ibu kena tahu jugak, kita sebagai anak ni bukan sengaja nak sakitkan hati ibu. Kadang2 apa yang kita cakap tu terkeluar secara spontan tapi perkataan tu takde makna apa2 pun cuma kita taktahu apa yang kita cakap tu dah sakitkan hati ibu..........
Macam kes ibu aku ni....
Semua perkataan yang keluar daripada mulut dia kalau boleh nak buat aku nangis setiap hari bawah bantal tau...
Kadang2 pasal makanan pun boleh buat aku nak nangis.. Makanan je pun tapiii
"Ibu adik nak habiskan ayam goreng ibu boleh tak?"
"Makanlah dik. Ibu dah puas makan ayam... Dah 40 tahun ibu makan ayam rasa dia tetap sama. Makanlah"
Padahal aku tahu yang ibu lapar sebenarnya! Demmmmmmmmmmmmm!
Aku cepat terharu siak. Rasa nak nangis dia cam rasa satu baldi pun tak cukup nak tampung air mata ni. Bukan niat aku nak menganjing ke hape tapi ... ko ada mak kan? Ko akan rasa benda yang sama apa aku rasa bila dia cakap cemtu tau. Ya Allah, please grant my mother to your Heaven! Amiin...
Bila ko mintak sesuatu pernah tak mak kau marah sambil cakap, "TAK BOLEH!"
Mustahil melainkan kalau ko mintak barang mahal eii kalau kena dengan mak aku bukan setakat dapat jeritan silap2 penampar pun dia bagi telan apedehal gua dah biasa so sambil2 tu dia akan memberi sedikit sindiran yang gua rasa enak weii
"Ko ingat aku cop duit macam cop daun?! Banyak cantik muka ko. Belajar malas mintak macam-macam. Jangan harap"
Haaa waktu tu barang yang ko nak tu hanyalah sekadar bayangan misteri yang menghantui diri...
Mak ko mesti cakap, nanti tunggu gaji ke apakan takpun dia suruh ko doakan dia supaya dia dapat gaji awal untuk belikan ko barang yang diidamkan tu....... Biasa cemtu la. Mak aku je rare sikit hahahaha muah xoxo
"Seorang ibu mampu menjaga 10 anak tapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu"
Cukup-cukuplah aku & korang semua lukakan hati mak memasing.
Sebelum waktu memakan usia, baik cakap takpun bisik kat mak korang mintak maaf atas semua dosa. Takyah tunggu hari raya takut terlambat.... Kalau malu sangat, tunjukkan yang korang sayang melalui perbuatan. Buat baik, patuh arahan In Sha Allah, Syurga lah tempat bagi anak-anak soleh solehah. Amiin
Cyunx Ibu muah xoxo :*


No comments:
Post a Comment