So pada sesiapa yang risau eh dia ni block aku ke haa? Taklah, I just want to spend my time with lovely ones! Kekeke macam ramai je yang baca entry ni ceh!
Ha sebelum aku cotcet panjang lagi ekceli tajuk "Hard but brittle..." tu ibu punya idea..Tadi tengah buat kimia dengan ibu tengah syok2 tu tetiba ibu starts nagging ah pasal kimia tetiba terkeluar dari mulut dia ayat "Hard but brittle..." then aku pun jerit! Eiiiiiiiiiiii ayat tuuuu! Ibu bagi adik(manja hoccay) satu inspirasi nak tulis entry kalini! Hahahaha makaceh ibu <3
Okay barulah nak start nagging untuk uolls pulakkk!
"Hard but brittle..." ni almost suitable dengan HATI kita....
Well said, hati kita kuat tapi mudah pecah!
Cemana tu?
Banyak faktor kenapa HATI kita boleh pecah cuma our action je wether we can control it or not.
Tak mudah untuk kita kuat bila kita ditimpa musibah sebab kita berhak untuk sedih untuk menangis untuk meraung itu je cara kita nak lepaskan rasa sedih kita sedangkan orang taktahu apa kita rasa apa kita alami apa kita buat selama ni....
Orang memang takkan faham sebab kadang kala kita sendiri pun tak dapat nak faham kenapa kita di letakkan dalam situasi yang kita tak pernah minta.
Tapi apa erti WARNA-WARNI KEHIDUPAN kalau kita tak lalui semua ni?
Ni semua pengalaman ....... HIDUP memang takkan selamanya indah....
Dan dunia memang takkan pernah nak tengok kita hidup senang-lenang....
Sedangkan FIRAUN pun kena hadapi banyak masalah padahal dialah orang paling zalim dalam dunia! Orang tak berani lawan FIRAUN tapi dia tetap ada masalah sebab hidup tak pernah tenang!
Nabi Muhammad SAW((jangan lupa selawat ke atas NABI junjungan kita)) terpaksa hadapi kesedihan yang melampau sebab kehilangan dua orang tercinta iaitu isteri Baginda & Bapa saudara baginda secara serentak. Bukan tu je Baginda terpaksa hadapi serangan banyak orang yang masih tak dapat terima ajaran AGAMA ISLAM......
Jadi jangan jadikan alasan kenapa kita tak boleh kuat untuk hadapi ni semua!
No one can stop us from being sad... Takde siapa nak marah kau nak nangis...
Nak nangis? Nangis jelah kalau itu yang boleh buat kau kuat!
Nak menjerit? Jerit jelah kalau itu yang boleh buat kau lega!
Nak meraung? Meraung jelah kalau itu boleh buat kau cari kekuatan diri kau balik...
Dalam hidup ni takde siapa boleh halang kita daripada buat apa2 cuma sama ada benda tu baik atau buruk jelah.
Putus cinta?
Orang tersayang meninggal dunia?
Jatuh sakit?
Semua tu aku pernah rasa so bukan kau sorang yang sedih sekarang ni...
Kalau kau sedih, ada orang lagi sedih daripada kau!
Kalau kau miskin, ada orang lebih fakir daripada kau!
Kalau kau fikir kau gemuk sekalipun, ada je yang lebih gemuk daripada kau tapi dorang happy je?!
Kalau kau fikir takde siapa nak support kau, kenapa kau tak fikir ada ALLAH untuk sentiasa dengar masalah kau? Kau takpayah cerita pun Dia tahu!
Kenapa kau tak pernah terfikir tu semua? Astaghfirullahala'zim!
HATI KENA TABAH
bukan untuk sekali dua tapi untuk selamanya.....
Aku cakap macam ni bukan sebab aku dah hebat, bukan sebab aku dah power!
Tapi ini semua akan jadi bahan rujukan aku jugak nanti bila aku down............
At the end of the time, DIRI KAU SENDIRI yang akan bantu kau untuk terus kuat!
Kalau setakat putus cinta, In Sha Allah kau akan jumpa the best than before!
YOU DESERVE BETTER, BABY
No worries
Allah creates us in pair so apadehal beb?!
Kau risau jadi anak dara tua? Hei buatpe nak risau? Kat SYURGA nanti kau pilih je mana nak. Allah izinkan!
Kau risau jadi bujang terlajak? Kat SYURGA tu berlambak PARI-PARI YANG CANTIK BELAKA
Life is so simple baby but the one makes this life becomes more complicated is us!
So
the conclusion is
JAGA HATI KORANG BAIK-BAIK.
JANGAN SAMPAI PECAH BERDERAI PASTU KO TAKTAHU NAK PULIHKAN TAU!
So, whoever reads this entry
I pray for your happiness, your successful.
May God bless you & ease everything that you do! Amiin
Salam sayang rindu muah muah laga-laga pipi ciked :')


No comments:
Post a Comment