Thursday, June 22, 2017

"Road to Rayaaaaaaa...."

Assalamualaikum semua!

How's your fast so far? To me alhamdulillah, harapnya korang semua takde lah ponteng puasa esp para jejaka idaman malaya semua ni hahaha
Yang perempuan macam iolls ni dah record dah berapa kena ganti puasa?
Hopefully dah la ya... em esok dah last terawih jangan lupa buat 23 rakaat tau hehehehe
Nanti masing-masing dah balik kampung sunyilah bandaraya jb and kl huhu sampaikan salam kak sya kat family ampa semua na :') Kak sya tahun ni raya jb dulu raya dekat rumah family belah ayah kak sya kat kampung melayu aaa dekat sangat kan? Pastu petang atau raya kedua baru kak sya balik kota tinggi semoga urusan kita semua dipermudahkan lah ya.
Ampa semua hati-hati balik raya nah, pesan kat mak pak ampa rehat dulu kat r&r kalau penat ke ngantuk pastu baru sambung perjalanan. Semoga kita semua dilindungi, aamiin :)

Kak sya jealous sebenarnya yang mana balik kampung yang betul2 kampung rumah kayu, pastu ada pelita keliling rumah, main bunga raya, bakar lemang, anyam ketupat malam raya aduh bestnya! Kak sya punya kampung ni dah modern dah rumah dah batu dah pastu masa arwah abah ada yelah ada pelita semua then bila arwah abah dah takde ni takde semangat buat benda tu plus tak semangat pun nak raya. Raya nak dapat duit raya ja hahahaha tapi dapat ke tidak tu entahlah nak masing2 dah besaq kan nanti orang semua tengok kak sya macam dah kerja terus tak bagi duit raya ala ;(

Kak sya tak kesah kot biaq la adik2 sepupu kak sya ja dapat, kak sya redha ahahaha kalau duit raya pun takdak, jodoh apetah lagi wehh hahahaha kak sya tak sedondon dengan sesiapa tahun ni ibu kak sya lain kak sya lain semua orang lain :') pakwe apetah lagi entah2 tengah bahagia dengan sesiapa entah tu eiii jangan lama2 bercinta, jodoh awak kat sini :')

kak sya malaih post gambaq kat insta and blog ni takdak gambaq pun selfie pun malaih dah adakah ini tanda2 kak sya dah matang? hua hahahaha rasa macam nak deactive insta tapi sayang followers dah ramai pastu nanti ada orang rindu ;p ada gak nak plan tutup twitter jugak tapi ada member matriks kak sya sound "janganlah deact, taknak putus contact dengan member matriks" pastu kak sya ada plan nak deact whatsapp nak bukak telegram ja tapi ibu kak sya pulak sound "eh janganlah nanti orang susah nak contact bukan semua orang ada telegram" eh apasal semua orang tetiba merayu cemtu kat kak sya dah serba salah dah nak buat gitu adoi sabaq jela

kak sya ni active gak blog tapi lebih kepada tulis diary la kakaka blog kak sya update, diary pun kak sya tulis. Gigih betul kak sya ni kan.... kalau blog ni kak sya jarang baca balik sebab malih nak scroll balik post lama2 lagipun past is past kakaka kalau diary tu kak sya suka baca balik sebab kelakar wehhh! Hahahaha kak sya simpan lagi kak sya punya diary dari form 1 sampai form 5 then bila kak sya baca balik kan dia macam "Masha Allah aku ke ni, awat bodoh sangat perangai dulu" hahahahaha tapi takpelah semua tu lah yang buat kak sya yang sekarang lebih matang dan garang ewahhh ahahaha

Garang2 pun dah takleh sekarang sebab sekarang walaupun zaman dah maju tapi pemikiran masih kolot ada ja masih guna cara alternatif iaitu cara halus nak hancurkan seseorang tu yalah bukan senang nak buat semua orang happy dengan kita yang penting happykan Allah itu ja penting tapi zaman sekarang ni bab2 gitu yang buat kak sya takut. Nauzubillah minzalik moga dijauhkan daripada kak sya dan semua orang aamiin :')

oklah kak sya penat menaip ni sebenarnya hahahaha korang sambunglah kemas rumah tu ya! Bye