Friday, September 18, 2026

"Friendly match...."

Assalamualaikum & hi,

Hari ni kita nervous sikit sebab malam ni (Jumaat, 18/09/26) kitaorang genk Donna BC ada friendly match dengan FMC BC! For the first time ever lawan dengan group lain, haha before ni kita friendly among us je but this time dengan group lain lepastu main dengan se-level pulak tuu. Yang power match dengan yang power, kitanya hanya sokong dari belakang je. Tak power pun tapi tahulah basic haha!

This time, kalah and menang bukan the main topic we will discuss about. Sebab kitaorang nak cari pengalaman je sebab most of us memang first time masuk friendly haha sebab saya pun dari sekolah bukan nya aktif pun haha alasan dulu sebab semput yelah badan dah besar gajah nak ajak bersukan memang semput laa ek. Zaman sekolah punya merentas desa yang 2km tu pun saya jalan je ek itupun yang paling last la boleh nampak saya ;(

Bila dah meningkat dewasa, I think when I was 21 kot baru ada kesedaran nak ubah diri untuk jadi lebih sihat. Dari situ baru start briskwalk and jogging. I wouldn't say running bcs I ran slowly so technically I was jogging haha! Then bila dah masuk late 20's, baru nak join badminton. Sebelum ni main main ayam je hahaha not in serious mode and even basic pun tak tahu sangat. So bila one of my husband's friend ajak main badminton, dari situ baru slowly belajar pasal basic and apa boleh and apa tak boleh semua. I joined Donna BC in July last year (2025) and it is been 1 year already. Masa masuk dulu pun sangat lah awkward sebab kitanya memang tak pandai pun, pukul pukul tanpa tujuan je pandai. HAHA alhamdulillah sekarang ada la progress cumanya suami saya complain satu je, saya malas kejar bola HAHAH saya bukan malas kadang saya tunggu nak tengok kat mana bola tu landing dulu HAHAHAH which is kadang make sense sebab kadang memang bola tu out of court tapi mostly tak make sense sebab saya memang kena kejar bola tuu!!! HAHAHA then my partner sekarang pun ada tegur which I tend to leave a space in court which is tak bagus sebab nanti opponent boleh target to smash dekat space yang kosong tu. Hua sangat bahaya la, tu yang nervous nak main malam nii HAHA helppp! ;(

Tapi apa apa pun, good luck untuk pemain Donna BC malam ni. Kita buat yang terbaik and yang paling penting, kita enjoy! Hua pengalaman baru yang tak pernah siapa sangka, saya yang sangat la tak suka bersukan but now tengah nervous nak masuk friendly kejap lagii HAHAHA.

Ni masa first time join Donna BC (12/07/2025) HAHA aib sangat sebab memang montel ngat

Ni dah start selesa dengan dorang and makin happy nak main haha

Sampai pernah digelar pemain yang tak pernah ponteng tau hahaha tahun ni je banyak poteng ciked sebab injured and sakit sikittt huuu

Ni baru suku je pemain Donna BC

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Aina Syaherra sebab dia adalah salah seorang perantara untuk saya connect dengan dunia luar masatu and cuba cari kawan baru from different circles sebabnya masatu memang tengah down dengan berat badan sendiri lepas beranak pastu tak suka keluar rumah and ambik gambar sebab rasa buruknya aku. Hmm alhamdulillah kawan-kawan pun baik and tak judge pun maybe ada judge tapi takpelah biar lah saya tak tahu dan saya tak nak tahuu HAHAHA alhamdulillah semoga saya sentiasa sihat dan cergas. Aaamiin ♡ 



Love, A.


Wednesday, September 16, 2026

"Suami Syurga Saya......"

 Assalamualaikum, and hi. 



Baru-baru ni dalam 09/09/2026 kita semua satu Malaysia dikejutkan dengan berita yang menyayat hati kan? I have never shared anything about what happen that unrelated to me, but this time saya rasa saya kena share juga sebab sangat terkesan dengan saya and even semua orang boleh relate.

Team FDS Malaysia meninggal Dunia disebabkan helicopter dorang terhempas. They were just about to land safely at Long Lellang but crashed down due to fire. Bila baca berita kan, the Capt was just about to land safely di Lapangan Terbang Long Lellang even dah hujung runway tu pun but Allah said no. Sedih sangat sebab we all know yang the Capt dah buat sehabis baik nak land dengan Selamat. Bila tengok video sebelum the heli terhempas tu kan, ada penduduk area sana Rakam heli dorang dah terbakar kat area bawah kipas tu. Then memang nampak the Capt kawal sehabis baik untuk landing but Allah knows everything. He knows they never showed up after that. 

Lepas kejadian tu, saya selalu stalk account Ig & Threads isteri kepada the Capt tu. @/izzatisyamimi
She is really strong for being strong. Tapi saya tahu, being strong is the only thing she can do for now. I can't imagine how she slept every night without her husband now. Traumatizing you know. Lagi menyedihkan, hours before the incident happened, dia dengan anak-anak dia memang otw ke Sarawak untuk jumpa suami dia. They even video-called before the husband went to continue the work. Sedih sangat. All over the news, people shared how nice the husband was. How humble and kind the husband. Kematian yang dicemburui. Pergi semasa bekerja dan mati kebakaran. Dua-dua mati syahid. Semoga Syurga untuk mereka. Syurga yang paling tinggi.


Okay what I wanted to share is about losing someone you really love and rely on. I can't never imagine that. Saya selalu je terbayang and overthink apa saya kena buat kalau one day, Allah ambil suami saya. Saya nak buat apa tanpa dia? Macam mana saya nak teruskan hidup tanpa dia? Macam mana saya nak tahu arah tujuan hidup saya lepas dia takde? HOW and HOW? Selama saya hidup dengan suami saya, saya memang bergantung 90% pada dia. Bukan bermaksud saya tak percaya pada Allah. Saya cuma berharap and sayang sangat pada dia sampai saya memang tak dapat nak bayangkan hidup saya tanpa dia. He is just so patient, nice and love me more than I love him. HAHA I hope so. Apa-apa yang saya buat lepas saya kahwin dengan dia, mesti nak dengan dia. Even saya nak lepak dengan kawan kawan saya pun saya akan bawa dia. Sounds weird kan? But it is the reality, saya kalau boleh tak nak pergi mana mana tanpa dia. Kalau boleh masuk dalam bag, saya bawak!! That is how much I love him. And I can't even imagine how I would live without him, going anywhere without him walaupun saya keluar me-time sorang pun saya rasa awkward sebab dia takde? Padahal me-time patutnya fikir pasal diri sendiri kan? 

There was one time when I warded in hospital (masa tu pregnant kan Sara). Masa pregnant memang banyak masalah. Selalu kena warded sebab ada masalah PE so masa first time warded lama tau 8 hari. Hari-hari nangis sebab rindu suami. Bukan rindu ibu tau hahahaha. Rindu suami. Nak suami, tak nak orang lain sampai ibu kata dia tak boleh lawat pun kita okay je asalkan jangan suami. Memang akan badmood seharian tu. Nak suami mandikan masatu. Kalau dia takde memang malam saya tak mandi eh. Jangan main-main. Bila kita dah sayangkan suami, memang sepenuh jiwa dan raga tu kita serahkan pada dia. Sedih bila ingat balik. Kali kedua warded dah okay sikit sebab ada bantal busuk suami and ada bau dia. Kali ketiga warded beberapa hari sebelum beranak. Masa first tunggu tu pun suami tunggu kat luar Dari 9pm-3am. Baru dia balik ambikkan barang and all. How can I not love him?

Hari-hari doa saya untuk dia sama je. Ulang-ulang doa benda sama kat Allah. Tapi siapalah saya untuk menidakkan qada' dan qadar Allah kan? I just hope the best for him and us. I really do.

If one day, my husband reads this. Know that I always pray for you and us. The same du'a I will never get tired of.


"Ya Allah, peliharalah suami saya di Dunia dan akhirat. Ampuni segala dosa dan kesilapannya sama ada yang terlihat/yang tersembunyi. Yang sedar/tidak. Sesungguhnya Engkau yang maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Kau kurniakanlah suami saya dengan rezeki yang melimpah ruah. Jika rezekinya masih di langit, Kau turunkan lah. Jika masih di bumi, Kau keluarkan lah. Jika rezekinya jauh, Kau dekatkanlah. Jika rezeki nya sukar, Kau permudahkanlah. Jika rezeki nya Haram, Kau halalkan lah. Sesungguhnya dia telah menjadi suami yang terbaik untuk saya. He provides everything for me, Ya Allah. He gets me anything I want. He buys me anything I once said. He remembers what I crave, what I have said even me myself forget about it. Kau luaskanlah rezeki nya, jangan Kau sempitkan. 

Ya Allah, Kau kurniakan lah suami saya kesihatan yang baik. Kau lindungilah dia daripada penyakit yang membawa maut, penyakit yang sukar untuk sembuh. Kau sihatkan tubuh badan nya. Sembuhkan Luka di hatinya. Kau lindungilah dia di mana sahaja dia berada, walau kemana sahaja dia pergi Dan walau apa sahaja yang dia lakukan. 

Terima kasih Ya Allah kerana telah kurniakan saya suami yang baik, suami yang sayangkan saya, suami yang bertanggungjawab, suami yang tak pernah complain nak cari rezeki untuk kami (saya dan Sara), suami yang provide semua (makan, minum, pakaian, tempat tinggal yang selesa) dan suami yang sempurna di mata saya dan ayah yang sempurna di mata Sara Eilena."


Thank you sayang for everything that you have done for me and Sara! I love you so muchie! 💗


Love, A.



Saturday, September 12, 2026

"Talking about Rizq......"

Assalamualaikum, hi guysss. 

It is been 2 years since I stopped writing, right? Too many things happened till I forgot that blog exists. The only place that I can rant about so many things without being judged. I hope so HAHAHA

Apa lah khabar semua orang yang selalu baca blog saya ni kan? Hopefully masih sihat dan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing. In sha Allah. 

Suami saya antara orang yang sentiasa setia menunggu update daripada blog ni. HAHAHA I hope you read this okay, sayang? Thank you sebab belikan I keyboard and mouse baru andd still support I yang nak start menulis balik ni.


Okay back to the topic, sorry banyak sangat nak borak sampai lupa tujuan utama nak share dalam post ni HAHAHAHA.

A few days ago, I was craving maggi so bad. Sampai tak tahu nak makan maggi apa sebab banyak sangat wujudnya jenama maggi sekarang HAHA tapi saya tak bagitahu sesiapa pun even my husband. My husband ni jenis kalau once I bagitahu I craving nak makan apa, dia akan terus "okay jommm" HAHAHA masatu tengah macam okay lagi craving takdelah sampai kalau tak dapat tu boleh merajuk kan HAHA then semalam lepas briskwalk kat walking pad je sebab luar jerebu teruk sangat. Tiba-tiba dapat idea best juga kalau sarapan kat hotel ni kebetulan few days ago ada viral satu hotel kat Bandar Seri Alam ni boleh walk-in je breakfast dia. So saje ajak pastu dia pun "okay jom siap". Dah sampai sana macam biasa macam macam makanan ada sebab buffet kan, what you expect tapii sedap lahh sangat worth untuk RM20/pax murah sangat tapi makanan unlimited makan sampai tak boleh berjalan weh haha pastuuu lepas ambik makanan, saya perasan ada satu pondok ni dia tulis "noodles, teh tarik and lontong" saje la tengok kebetulan ada maggi yang jenama maggi tu hahaha saya tanya la staff tu ni maggi sup biasa or boleh request maggi goreng. Dia kata oh maggi sup biasa je then okay la saya minta dia masakkan. Tengah makan tu kan tiba-tiba terfikir eh bukan haritu saya baru craving ke nak makan maggi? Likeee WOW sangat sebab dengan cara macam ni rupanya Allah makbulkan doa saya siap ada orang masakkan lagi HAHAHA sangattt bersyukur. He really hears me.

Then terus teringat kisah 7 tahun lepas during my uni days.

Masatu raya. Biasa lah raya kan mana mana rumah kalau boleh nak buat open house. So masatu my cousins buat open house and I fully awared yang open house mana ada orang buat pulut kuning and sambal udang. Tapi masatu memang dah beberapa hari memang mengidam sangat nak makan pulut kuning. Sampai doa kat Allah "Ya Allah, saya craving sangat nak makan pulut kuning and sambal udang" Habis je kelas ibu whatsapp bagitahu nanti weekend ni balik tau sebab cuati (mak saudara) buat open house. Then okaylah tapi sepanjang kelas seterusnya tu tiba-tiba ter-doa lagi "Ya Allah, boleh ke saya nak doa saya nak makan pulut kuning and sambal udang" it seems impossible kan sebab yelah open house raya kan. Paling-paling pun orang masak ketupat palas and makan dengan rendang. Then masa pergi open house rumah dia, benda pertama saya nampak is PULUT KUNING & SAMBAL UDANG?????? Ya Allah masatu happy yang bukan main-main punya happy eekkk. Nak nangis rasa tauuuuu!! Terus doa kat Allah lagi, "Ya Allah, nikmat apa lagi yang saya nak dustakan? Apa saya minta, Allah bagi. Terima kasih Ya Allah sebab makbulkan doa saya untuk makan apa yang saya nak. Specific apa yang saya nak"

Nampak simple kan? But it is not for me yang tengah craving sangat sangat. Sebab masatu yang buat pulut kuning and sambal udang paling sedap ialah nenek saya sorang je kat kampung tapi masatu tak balik kampung so sedih juga la tak dapat minta nenek buatkan. Sekali Allah bagi macam tu je???? Like no question at all. Dia macam "Kau nak kan, NAH ambik makan" 😭😭

Then, proceed to the next craving HAHAHA. Back in my uni days juga tapi masatu Ramadan.

Macam biasa bulan puasa wajib la ada bazar ramadan kan? Sebelum sebelum tu selalu je pergi bazar and nampak banyak je jual bomboloni. Tapi on that very specific day when I was really craving for a bomboloni, kedai yang biasa jual kat bazar tu tutup??? What do you mean you tutup on that very specific day ha??? HAHAHA sedih tau sebab biasa bukak je. Pastu google la mana lagi bazar yang paling dekat kat area uni tu sebab tak berani sangat drive jauh jauh semata-mata nak makan bomboloni jee pun hahah. Okay jumpa satu dekat area Taman Universiti. A few KMs juga but still takde and masatu pun dah pukul 6pm. So malas nak gi jauh lagi.. hampir give up tapi tiba tiba nampak Aeon Taman U. Doa kat Allah "Ya Allah semoga ada la rezeki saya kat dalam Aeon ni" Masuk la kedai roti yang biasa pergi tu La Bahome. Situ memang tak pernah ada bomboloni pun sebab biasa memang jual donut kosong tu je. Tapi on that very specific day, dia jual bomboloni. Bukan satu flavour tauuuu??? BANYAKKKK FLAVOUR. Sampai tak tahu nak pilih mana satu end up saya beli banyak juga padahal masatu tengah diet HAHAHA lantak sana dengan dietkuu. Masatu terharu sampai nak nangis masa makan sebab benda remeh je tapi Allah makbulkan??

Benda se-remeh dan sekecil itu je yang saya minta tapi Allah makbulkan dengan cara yang sangat tak masuk akal? Sebab bila pergi lagi La Bahome tu takde dah jual bomboloni? And open house my cousins pun tahun tu je dia buat pulut kuning and sambal udang. The next next year takde punnn?

Se-simple itu doa nya pun Allah boleh makbulkan. Apatah lagi sebesar alam? Tamak la sikit dalam berdoa. Doa je banyak banyak, ingat dunia ni Allah punya. Semua benda ni wujud sebab Allah nak benda tu wujud. Kadang rasa jahilnya saya, saya rasa macam imposibble nya nak miliki sesuatu perkara walhal pemiliknya ialah Allah. Allah pemilik rezeki. Dia yang bagi, Dia juga yang ambil.

Terima kasih Ya Allah sebab tak pernah kedekut dengan kami semua. Padahal kami semua pendosa. Banyak sangat dosa tapi Allah tetap memilih untuk makbulkan doa-doa kami tanpa berkira.

"Ya Allah, Kau kurniakan lah rezeki buat kami. Rezeki kesihatan yang baik, tubuh yang sihat, umur yang panjang dan jangan lah biarkan rezeki yang Kau kurniakan buat kami ni menjauhkan kami daripada RahmatMu. Kau jadikan lah kami manusia yang sentiasa bersyukur atas apa yang telah Kau kurniakan. Letakkan rasa cukup dalam diri kami agar kami tiada rasa cemburu pada rezeki orang lain. Jauhkan kami daripada rasa "tak cukup" dalam diri kami agar kami terhindar daripada menjadi seorang yang kufur pada nikmatMu. Terima kasih kerana tak pernah berkira pada kami, saat kami rasa tak cukup, Allah sentiasa beri kecukupan itu. Duit dah tak banyak tapi masih boleh bertahan until the end of the month. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah."

Btw, ni lunch kami hari ni. HEHE nampak sedap takkk?

Next, dessert thailand. Thai Red Ruby makan pula dengan nangka wuu dapdap

Ni masa makan dekat D' Elegance Hotel Bandar Seri Alam.



Jangan lupa bersyukur ok?


Love, A.