Assalamualaikum wbt
Al-kisahnya semalam, plan last minute nak berbuka sama-sama. Biasalah manusia lagi-lagi orang melayu hahaha janji last minute baru jadi kalau plan lama-lama haprak tahu-tahu dah raya kakaka.
So semalam I dengan Ika, Anis, Laila gerak dalam lepas asar nak ke Bazaar Angsana dulu sebab nak cari makanan untuk berbuka puasa. Tapi sorry to say, this is my personal opinion la bazaar angsana sangat tak recommended sebab tak sedap and tak tahu nak beli apa? I macam nak makan nasi semalam tapi sebab pusing-pusing bazaar tu entah pape je dia jual so sangat tak best 👎
Then lepas dah cari makanan kat bazaar kitaorang nak singgah masjid sultan abu bakar untuk solat maghrib dulu tapiiiii masjid tengah ada renovation pulakkkkk 😓 then I ni nama je orang JB tapi satu jalan pun I tak tahu hahaha so terpaksalah si Ika ni call kan kawan dia untuk tanya masjid/surau yang terdekat dengan Dataran JB tu sebab kitaorang plan nak berbuka puasa ala picnic dekat dataran tu Ya Allah.... kawan Ika cakap ada surau belakang KFC area dataran tu tapi enggak dijumpa dong! Dah la time tu lagi berapa minit nak azan maghrib tau TETIBERRRRRRRRR idea I "eh jom solat kat hotel thistle?" hahahahaha semua dah macam on tau then tetiba I jalan punya jalan nampak masjid depan restaurant BIGFOOD tu then apa lagi lebih afdhal kan solat kat masjid so tak jadilah nak merasa solat kat hotel ha gittew! Hahahaha
I lupa nama masjid tu tapi masjid tu sangat cantik dan selesa tempat solat perempuan siap ada aircond tau. Dari luar nampak biasa je tapi dalam sumpah tiptop!
Kalau nak cari, korang tahu kan tempat makan nama BIGFOOD tu? Ala kalau tak tahu google kan ada ha lepastu depan BIGFOOD tu ada masjid memang senang kalau nak berbuka kat sana. Masjid dia tak sampai berapa langkah pun hehehe
Ha nama dia masjid kolam ayer johor bahru! Ha memang best cuma tak sempat amik gambar ruang solat perempuan je sebab kelam kabut nak makan lapar sangat hehehe tapi sumpah memang best tak menyesal nanti nak ajak ibu solat situ pulak.
Last pergi dataran ni tak silap masa arwah ayah ada lagi ada lah dalam 10-11 tahun yang lalu. Lama weh tak pergi sini. Dulu masa pergi sini, I selalu bawak basikal main petang-petang dengah ayah and ibu sebab kat dataran ni kan luas so memang puas I bawak basikal. Huhuhuhu rindunya 😢
So this is a few pictures of us at Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ni masa nak suruh laila jadi model jap sebab nak tengok centre ke tak gambaq nya hahaha
Thanks girls sebab sudi dengar I emotional dan kelam kabut dalam kereta! 😂
Sebelah I tu Ika, Belakang I, Laila and yang belakang Ika tu Anis. Dan I hanyalah seketul potato yang barai huhuhuhu
Ni dah lawa selfie nya belakang nampak jam dinding tu tapiiiii muka I spoilerrr lewls tertidur lak masa tangkap tu hahahaha
Ok dah tu je. Lusa last payyyyperrrrrr doakan weolls! 💖