Friday, May 26, 2017

"Ramadhan Kareem..."

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke 1 Ramadhan 1438H ;) Yay!
So alhamdulillah jugak sebab kita sempat sambut ramadhan dan In Sha Allah sempat jugak menyambut Aidilfitri :)
Ni kak sya nak bagi sikit pesanan, simple je pesanan ni tau but please remember ok?
Kepada lelaki, tolong jangan ponteng puasa! Hang tau dak betapa sedihnya kami perempuan tak dapat puasa penuh?! Memang best dapat "cuti" daripada Allah tapi yang tak best and peritnya tu bila nak menggantikan puasa tersebut. Buatnya yang kena ganti berbelas hari, ha?! So please lah puasa penuh tak rugi pun dapat pahala lagi adalah!
Kepada perempuan, tolong rajinkan diri tu untuk tick dekat kalendar berapa hari ponteng puasa tu nanti kang kabut nak ganti tak tau berapa hari ponteng la apa la jangan jadikan itu sebagai alasan. So cuba jadikan ramadhan tahun ni sebagai starting point untuk kita semua berubah atau berhijrah kearah kebaikan. In Sha Allah! ;)

 So

sebenaqnya rini kak sya nak cerita random ja hehehe ha kepada sesiapa yang tanya khabar kak sya, yang try tanya tanya kak sya boleh dak datang melawat, yang doakan kak sya, yang wish kak sya. Terima kasih na! Thank you so much for still wanted to know about me hehehe sebab kak sya memang teringin sangat nak masuk hosp. EH?! Hahahaha takde la kak sya teringin sebab nak tau gak siapa yang betul2 caring kat kak sya. You know who you are thank you so much! Korang awesome so kak sya doakan supaya Allah membalas jasa baik ampa semua ok? Dan semoga kita menyebarkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan sebab yang baik2 tu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk2 tu datang daripada diri kita sendiri ;)
Alhamdulillah, I've been so great after the operation ;) semalam ada jugak pi check up dengan dr handsome pluss kelakar! Hahahaha nama dia dr teoh disebabkan dr haw takdak so dr teoh yang amik case dr haw. Ingatkan dia garang ke apa kan sebab nampak garang plus muda tapi bila jumpa semalam Ya Allah bukan main lembut suara dia cakap pun sopan kelakar pulak tu haih nasib baiklah cina dik oi kalau dak dah lama kak sya try! Hahahaha!
Comel ja bila dia tenang kan kak sya semalam sebab semalam dia cuci hidung kak sya keluarkan segala khazanah yang ada dalam hidung kak sya ni Ya Tuhan besaq2 ketulan-ketulan darah beku tu ek seram kak sya tengok pastu semalam nurse tu tanya nak tengok tak sebab sepanjang dr teoh bersihkan hidung kak sya, kak sya tutup mata sebab fobia dengan kes lepas(on previous post) ha pastu dr teoh tu marah nurse tu dia kata "eh jangan tunjuk kat dia, nanti dia takut pastu nanti dia nangis!" ahahahahaha so cute la you dr! Then masa nak balik tu dia tengok ic kak sya dia tanya "eh lagi berapa hari lah birthday you. Happy birthday. kita jumpa masa birthday you ok? hahahaha takdelah saya gurau je" HA nasib dia kata gurau kalau dak masatu degupan jantung kak sya laju dik oiii hahahahahahaha over tau kak sya ni ;')


Ok itu ja yang bestnya


Oh ya lupa nak bagitau yang kak sya dah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebilik kak sya masa matriks dulu so current obsession kak sya ialah lipstick matte! Ha kalau dulu kak sya obses and suka kumpul phone casing pastu bila sejak sejak masuk matriks tu tengok si fatin nabila tu asyik pakai lipstick ja ha kak sya pun dah terjebak sekali hai matey la nak nasib baik lah kak sya bijak memilih EH? Hahahahaha kak sya beli yang kak sya mampu ja plus yang cantik2 eii kak sya pantang dapat pegang duit dik oiii kak sya ni boros ya amat! ;( So janganlah korang sesekali meniru aksi ini di mana-mana sayangilah duit anda kerana negara kita ni makin merundum sejak sejak dapat pm yang tak berapa nak cerdik ni kan hahahaha lingkup sikit negara kita!
So nak tengok dak collection lipstick matte kak sya, pada kak sya sikit ja ni tapi tak tau la pada ampa sebab kak sya tak suka make up yang lain biasanya kak sya pakai base foundation mary kay pastu tepek bedak compact ja itupun paling malas kalau rajin sikit pakailah eye liner kalau rajin banyak pakailah lipstick matte ha takdak nak main kaler2 mata ni haii kak sya tak pandai lah! Hahahaha
ha ni lah lipstick kak sya ala tak banyak mana pun sebab tak pro lagi part make up pandai pakai lipstick ja itupun kena tengok tutorial dulu sebab takut comot hahahaha

Ha ni kak sya ala2 memperagakan lipstick eh dak! Kak sya posing ala-ala macam insta-famous buat review kat instagram tu padahal kak sya ni orang biasa ja dik :')






So sampai sini saja lah perkongsian mengarut kak sya kakaka sorry lah kalau terbuat lawak hambar kat ampa biasa kak sya buat kat roommates kak sya ja masa kat matriks tapi sekarang kitaorang dah tak dapat bersama lagi so buat kat sini jelah. Jangan lupa gelak k support lawak kak sya :")

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak! :)


No comments:

Post a Comment