Saturday, May 16, 2015

"Nisa' Johor....."

Nisa'? Apa tu? Okay sebelum aku share cerita kalini. Let me share about Nisa' okay? :)

Pertubuhan Nisa' adalah sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang ditubuhkan dengan misi kebajikan, kemanusiaan & kemasyarakatan.

Visi:
Menjadi penghubung utama generasi muda ke arah hidup yang lebih baik.

Misi:
*KEBAJIKAN-berkongsi kebahagiaan
*KEMANUSIAAN-prihatin & menghargai kehidupan
*KEMASYARAKATAN-membudayakan kesukarelawan

*Keahlian bagi Nisa' terbuka kepada gadis yang berumur 15-40 tahun*
Facebook: www.facebook.com/NisaJohor
Website: nisajohorbahru.blogspot.com

So bagi sesiapa(remaja perempuan) yang berniat nak menjadi muslimah yang lebih baik join lah pertubahan ni. In Sha Allah, Allah permudahkan :)



Ha cemana aku boleh terjebak dengan Nisa' ni? Okay cerita dia macam gini.....
Masa awal tahun 2015, cikgu Fizah(cikgu bio) pernah tanya aku nak tak join usrah... aku pun tak fikir panjang sebab aku tau Usrah ni satu benda yang baik memandangkan aku pun masih perlukan guide untuk jadi manusia lebih baik, hahaha aku pun terus cakap nak (dengan nada excited) pastu aku tak expect yang Alia(classmate) aku pun join so aku adalah teman kan senang sikit. Hihi
Tak lama lepastu, cikgu Fizah tanya aku nak ikut dia pergi usrah tak... aku pun cakaplah nak tapi masa tu Aku, Alia & Wan Aqilah join sekali. 
Ya Allah, I tell you eh! Best gila!! Masha-Allah! Kita orang tak sempat berkenalan sangat sebab dah sampai je kat sana(Taman Rekreasi Bukit Layang-Layang), kita terus diminta untuk edarkan satu pamplet pasal "WORLD HIJAB DAY"
Macam-macam karenah manusia kitaorang jumpa. Ada yang tengah buat breakdance, ada yang tengah spend time dengan family, ada yang datang jogging. Macam-macam tapi alhamdulillah semuanya sporting! Dorang terima pamplet kitaorang pastu dari situ aku belajar how to communicate dengan masyarakat luar. Yelah sebelum ni aku jumpa orang kat area rumah, kat sekolah je. Macam takde life hahaha tapi dari saat tu Alhamdulillah, bersyukur sangat. Terima kasih banyak-banyak kat Cikgu Fizah :)

And this is my second time joining Nisa' Tebrau's programme (15 Mei 2015)

Kalini buat dekat Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Irfan, Taman Pelangi Indah tapi this time aku dengan Alia je dapat join but it was okay! Lagi syok sebab Tajuk Usrah masa tu pasal MENELADANI KEGEMILANGAN ANDALUSIA siap jemput Dr.Aimi Rahayu lagi best! Dia seorang dr yang nampak muda walaupun dah 30 tahun okay! Sporting pun ya hehe! 

Ha, nampak tu? Bacalah leklok sayang-sayangku! 
And kalini jugak aku sempat berkenalan dengan dorang semua ada yang aku memang dah lama kenal tapi kebanyakkan baru kenal TAPI macam satu family Masha-Allah tak tahu nok ghoyak guano sumpah perasaan tu tak dapat nak describe... yang boleh cakap BEST je......
Alangkah indahnya hidup aku kalau dikelilingi dengan manusia-manusia yang berhati bersih & sentiasa bersangka baik macam dorang semua. Baik-baik belaka & ramai yang mendoakan kitaorang berjaya dalam SPM Subhanallah :') Terharu sangat weii

Aku belajar banyak benda sejak join Nisa' ni masa Jumaat haritu kitaorang belajar macam mana nak seimbangkan ILMU,AMAL&DAKWAH & I'm so thankful for that. Thank you teachers & sisters for sharing experiences with us!


Kalau tak nampak/tak jelas search sendiri kat Youtube.com/DoaRabitah or kat Google je okay? SHARING IS CARING 

"Jika ada ilmu sedikit, sampaikan walau satu ayat" pesan Nabi Muhammad saw

Jadi aku jadikan media sosial ni sebagai tempat untuk aku communicate dengan korang walau berapa ketul je yang tahu pasal blog aku ni al-maklumlah tak popular kakaka takpe asalkan ada. Kalau ada ilmu sedikit, share lah ya :')

"Jika kita ditegur atas kesilapan kita, maka bersyukurlah kerana masih ada hamba Allah yang menyayangi kita & inginkan kita masuk ke Syurga"

Sempatlah ber-photoshoot hahaha sebab tempat cantik sangat kan :p

Ni partner iolls dekat sana, Nur Hidayah Amalia Alia :)

Alia ;)

*Jangan lupa like Nisa' Johor kat facebook pastu tengok video kat page tu tau. Ada gambaq kami kekeke*






No comments:

Post a Comment