Ok harini kak sya nak share pasal skincare kak sya. Sebenarnya kak sya rasa tak layak update pasal post ni tapi sebab ramai yang tegur pasal kulit muka kak sya. Dorang cakap kulit kak sya dah ok i mean bukan terus licin hahahaha tapi adalah improvement tu sebab siapa yang kenal kak sya memang tahu kulit muka kak sya memang teruk(sangat-sangat teruk)
Muka kak sya started to breakout when I was 12 and now I'm officially 19 gaizzzzz :')
Seven years you know I'm struggling with my poor skin ni asalnya berminyak macam biasa but then berlanjutan sampai hormon kak sya sekali menyumbangkan anasir-anasir jahat huhu
So kak sya malu nak selfie without make-up(just apply foundation and compact powder only) recently je kak sya macam berani sikit nak selfie tanpa make-up itupun nak nangis tengok muka sendiri. It's like "ni aku ke? Asal buruk sangat?" :'(
Sebelum guna apa-apa produk

ha atas ni memang tanpa filter langsung! kena cover mata sebab korang mesti cam nak pengsan juga tengok kak sya sebegini rupa :')
Jerawat paling banyak naik bila kak sya nak datang period so bila dah period dia macam kecut sikit tapi sejak akhir-akhir ni dia macam sesuka hati je nak keluar tak nak keluar macam main cak-cak pulaaaaaa. Ingat kelakar?
Pastu kak sya macam buntu juga sebab tak tahu nak buat macam mana actually kak sya bukan nak hasil on the spot terus licin kulit i mean nak la kulit lawa macam orang lain tapi biarlah produk tu memang bagus luar dan dalam. Memang terjamin bagus so kak sya pun teringat masa kak sya dekat high school dulu, kak sya ada kawan perempuan(cina) kulit dia pun lebih kurang macam kak sya tapi tetiba masa nak akhir sekolah tu kulit dia cantik sangat. I mean still nampak parut tapi bukan jerawat baru nak tumbuh, dia macam jerawat kecut and tinggal parut je. So kak sya tanyalah dia guna produk apa tapi dia cakap dia tak guna apa-apa produk pun dia just jumpa dr pakar kulit nama dia DR.KO
So bila kak sya dah teringat tu kak sya saje jelah nyendeng kat ibu cakap pasal kulit kak sya yang makin teruk ni and pasal dr ko tu then ibu kak sya pun macam ok je so apa lagi pergilah ke klinik dr ko tu naik grab car dengan ibu terchenta huhuhu
sampai je sana ingat dr ko tu ada tapi malangnya takde tapiiiiii ada dr handsome pulak yang consult kita hewhew dia pakar kulit jugak kot sebab cara dia cakap sangat confident hahahaha kk kak sya gurau ja jangan marah nahhh
dr tu cakap kak sya memang ada masalah hormon so dia akan bagi ubat pa semua malas nak tahu sebab yang dengar semua ibu kak sya tenung muka dia ja hahahaha dok eh gurau lagi nah..
so ubat dia bagi ialah
yang pertama;
vitamin a
vitamin a ni function dia untuk regulate my hormone level and prevent over oily on my face.
dia kata kalau agak-agak sebulan sebelum nak plan untuk pregnant jangan makan sebab vit a punya structure sama dengan structure zygot tu and kalau termakan time pregnant dr memang kena gugurkan kandungan tu sebab nanti feature baby tu tak terbentuk dengan sempurna and baby boleh cacat.
Ha gitulah explaination dia hahaha kak sya pun ingat-ingat lupa tapi memang betul pun sebab kak sya ada google gak apa dr tu cakap. So ya.....
yang kedua;
antibacterial
ok antibacterial ni function dia untuk bunuh kuman-kuman jahat yang iri hati dengan kulit kak sya ni!
macam antibiotik jugak la kena makan setiap hari sekali sampai habis
yang ketiga;
ubat sapu
ubat sapu ni funtion dia untuk keluarkan jerawat yang tumbuh tapi tak keluar-keluar nasi putihnya itu dan juga mengecutkan juga jerawat tu
total cost; RM 360
but di samping itu juga, produk kegemaran kak sya tak dilupakan "mary kay" sebab dr tu bagi kak sya teruskan guna produk tu dia kata mary kay tak membahayakan malah sangat recommended tapi tulah kena ada consultant yang berdaftar la sebab mary kay ni bukan sembarangan orang boleh pakai. Kalau nak pakai pun kena ikut tahap kulit macam mana bukan sesuka hati ko nak guna ya! Nanti salah pakai, kulit makin teruk pulak bukan makin baik....
untuk healing process ni kak sya guna dua je produk dari mary kay
first
second
and
tadaaaaa
memang tak licin la,
kalau nak licin tu bukan nama healing process lerr
tapi alhamdulillah jerawat kecut and tinggal scars je ni
so ada sesiapa yang ada petua nak share cane nak hilangkan scar tolong lah comment kat post ni :'))
sekian, terima kasih. bye









No comments:
Post a Comment