"Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Allah jauhkan Yusuf daripadanya.. Tetapi ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya"
Haa laju je eh kalau cakap pasal "suka" ni. Harini I'll talk about something general yang selalu kita alami especially remaja yang baru nak "up" ni hahahaha jk
Kalau cakap pasal benda ni kan, mesti ada di antara kita yang tetiba kotak awan keluar atas kepala nama orang yang korang suka or maybe kau taktahu pun nama dia tapi still suka jugak. Kebanyakan kita biasalah jatuh cinta pada fizikalnya dulu /sekadar nak cuci2 mata /nak naikkan semangat aje biasalah manusia. We're not perfect tapi indahnya kalau ada yang suka kita sebab kecantikan dalaman kita I mean, macam cara kita bercakap ke, or maybe someone had fall in love with our smile! Ya Allah bestnya........ tapi apakan daya.......
"If you're in a garden, which flowers will you pick first? Of course, the beautiful one right?"
Ha... Lagilah kita ni manusia selalu judge pada luaran... Kita taktahu sebelum dia cantik tu, mana tahu dia pernah rasa jadi buruk... Sebelum dia bahagia, mungkin dia pernah mengalami kemurungan yang dahsyat ke.. We don't know kan...
Kalau cerita pasal pengalaman sendiri ni, Setakat aku hidup selama 17 tahun 8 bulan ni, banyak juga yang aku suka. Hahahaha normal lah kan! Ish tapi setakat suka ajelah takde sampai bercinta sebab aku cuma ada 4 orang ex je since darjah 6 wah wah wah hahahaha darjah 6 dah pandai eh bercinta2 ni tapi alhamdulillah tak kacau pelajaran pun. My study was very perfectly okay! Sebab aku kalau bercinta, aku tak pandai nak campur adukkan pelajaran and cinta. Bukan menunjuk kehebatan diri but that is the good side of me. Cuma kadang2 kalau takde mood nak study tu aku macam pikir pasal "dorang" and terus cepat2 buat kerja kira untuk naikkan semangat kan. Ha
I don't know wether you realise or not, bila kita cakap kita suka someone tu kadang2 perasaan tu hilang slowly and terus hilang maknanya apa? Entahla mungkin kalau kita suka someone Allah nak kita bagitahu dia je sebab kalau ada jodoh, adalah nanti kan. Sebab aku jenis gitu, aku jenis takboleh simpan perasaan lama2 ni sebab rasa macam terseksa(SANGAT) HAHAHAHA aku respect lah kat korang siapa yang still boleh simpan perasaan tu lama-lama. But, I'm not that type of person. Kalau suka, cakap jelah. Reject tak reject tu belakang cerita tapi semenjak 2 menjak ni aku perasan kan, bila aku cakap yang aku suka someone tu cepat aje Allah buang perasaan tu sampai aku rasa aku dah boleh cakap aku tak suka dia lagi ha gituuu. Allah yang Maha membolak-balikkan hati so apa kata kalau korang cerita semua tu dekat Allah. Allah kan Maha Mengetahui lagipun kita masih muda kan, perjalanan hidup masih jauh melainkan kalau dah ajal tu kan. Mungkin jodoh korang kat Syurga, ha tu lagi berkat. Sebab kadang2 cinta tak seharusnya dapat dimiliki tapi kalau betul kau suka/cinta/sayang someone tu, kau pasti akan doakan dia bahagia walaupun bukan kau disisi.
Aku bukan apa kalau bab cinta ni macam malas sikitlah (nada bajet) Hahahahaha sebab apa tau, aku malas nak jaga "jodoh orang" yelah kalau bercinta bagai nak rak tapi at last tak bersama kan kecewa tu sebab tu aku amik langkah selamat untuk tidak memberi peluang untuk orang kenal aku & dalam masa yang sama aku tak bagi peluang untuk diri aku disakiti.... Kalau ada jodoh, biarlah jodoh tu datang dengan sendiri pada masa yang tepat, tempat yang betul & cara yang betul. Kan sweet :')
"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, Allah timpakan ke atas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selainNya. Maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya"
Jadikan "percintaan Saidina Ali & Saidatina Fatimah" sebagai contoh jika mahu bersama sehingga ke Syurga ok!

No comments:
Post a Comment