As I promised to myself, I'm going to tell to you guys how my experiences on getting my license...
But I'm sorry if this post is too long, just read it -.-
Habis je spm(30/11/2015) ibu ajak balik kampung sebab since abah meninggal dunia, mak tinggal sorang2 kebetulan masatu ibu pun tengah cuti sekolah kan yang aku pulak dah confirm2 free gila-gila hahaha sebab aku plan memang aku taknak kerja.. Bukan malas ke apa.. susah kalau tengah amik lesen pastu kena kerja. Kalau kerja pulak siapa nak hantar yela aku pun bukan reti bawak motor semua memang takde langsung lesen so my first plan was I want to get my driving license!
So, dalam 2/12/2015 tu dengan perasaan tak sabarnya aku and ibu pergi daftar lesen tapi first of all, aku amik lesen dekat kampung aku, Air Tawar 5, Kota Tinggi. Jangan salah sangka ya hahaha so settle daftar semua kira-kira dalam RM1300 lah itu je yang paling murah sebab aku dah try survey kat Jb semua mahal-mahal taktahulah mungkin cikgu yang ajar dia memandu tu kot artis ke kan sampai mahal nak mampus ... Hahahaha budget sikit je so ibu hantarlah aku pi daftar kat kota tinggi nasib murah lah gak kan. Kalau ada yang lebih murah, pergila jangan habiskan duit mak ayah pulak..
Pn Nurul(isteri kepada pemilik institusi memandu) tu cakap aku boleh masuk ceramah memandu dalam 6/12/2015. Pergi balik memang akan ada orang yang hantar, Tu yang best tu takyah susah-susah ibu nak hantar sebab jauh. Tempat belajar kat Bandar Penawar, KT. Ha kampung I dekat Sg.Mas so jarak dia tu kira dalam 45 minit hahaha takdela jauh mana pun cuma kesian kat ibu je. Oklah kan RM1300 tapi pakej dengan transport pergi balik lagi cuma sediakan duit untuk makan je. Kat sana ada kantin, toilet, surau. Complete!
So bermulalah kehidupan sebagai pelajar masa 6/12/2015 tu.. Kita dalam hidup ni mana pernah berhenti belajar. Setiap hari ada je pelajaran baru yang kita belajar yedak? Ha so masa mula-mula sampai tu aku tak ingat sangat jalan nak ke tempat aku belajar kereta tu sebab Cik Din(cikgu mengajar) tu lalu shortcut aku pun belum familiar lagi jalan2 kat Bandar Penawar ni. So sampai je sana, memang macam orang asing lah kan semua kena buat sendiri selalu ibu ada tolong pe semua tapi kali tu kena buat sendiri daftar sendiri, amik tempat semualah kena buat sendiri mula2 cam awkward lah jugak sebab tak kenal siapa2 pun! Sumpah macam foreigner habis.
Dah daftar apa semua, aku kena pergi dewan lah siap2 nak dengar ceramah kan tetiba aku perasan sorang perempuan ni dia pun macam foreigner hahaha angguk2 je bila orang kat situ cakap. Aku pun tegurlah dia mana tahu boleh buat kawan ... Bebual punya bebual lama gila aku baru tau dia 23 tahun! Mak aiiii aku cakap badan kecik gila badan aku pun dah macam mak orang aku rasa pun baru 17 tahun masatu hahahahaha lawak gila. Start ceramah dalam pukul 11 pagi sampailah dalam pukul 5 gitu yelah ceramah paling sucks sekali dalam hidup aku. Ngantuk kau takyah cerita dahlah aku duduk dpan budak2 lelaki yang terencat akal bising nak mampus nak aje aku baling kerusi kat kepala dia bagi menangis pulak haha stress aku tau tak. nasib ada akak comel tadi boleh lah buat bebual walaupun 6 jam je kenal.
Balik je rumah mulalah sesi complain meng-complain dengan ibu hahaha ibu terpaksa jadi telinga akulah. Habis semua aku maki tak terkecuali budak2 lelaki belakang aku tulah syaitonnirrajim haih
Pastu dalam 9/12/2015 tu aku amik ujian komputer. HA NI LAWAK
Semua budak amik ujian komputer tu sekali je aku amik sampai 2 kali sebab gagal dem!!!! Hahahahahahaha markah lulus 42/50, aku boleh dapat 41/50 mak aii nak nangis takboleh sebab takde siapa ada nak buat teman menangis semua aku tak kenal hahahaha terpaksa aku call ibu and paksa dia datang suruh dia bagi duit sebab kalau nak ulangan ujian tu kena bayar RM28. Aku boleh tahan lagi dengan pekerja perempuan kat situ lembut je suruh datang balik dalam tengahari kan masalahnya aku tak tahan dengan pekerja lelaki kat sana kerja dia nak marah aje mak aii kalau aku bawak penyembur lada dahlama aku sembur kat mulut dia. Bahasa boleh tahan mintak kaki. Geram je aku nasib takde kawan tau sabar sya sabar.....
Belajar kereta
Belajar kereta
Belajar kereta
Sampailah 2/2/2016
Cik Din kata masatu 2/2 aku kena jpj.. Excited tu ya tapi nervous tu lebih sikit sampai gagal hahahaha ya kali pertama jpj aku gagal bukan aku sorang, ramai gak member yang sama tempat gagal sebab nervous sangat.. Kalau sesiapa yang tahu tu, aku gagal kat 3 penjuru iaitu lepas kepada parking sisi.. 3 penjuru ni kena ada 3 pergerakan je...
1. Masuk
2. Reverse
3. Keluar
aku pulak masa reverse tu tak tarik handbrake sekali kereta nya ter-bergerak hahaha mampus jpj tu tiup wisel suruh aku keluar macam bentang red carpet Ya Allah malu tu takyah cerita...cuma tak nangis je sebab member aku pun ramai gagal so takpelah ada geng hahahaha gila lah ;')
Pastu aku text ibu "Adik gagal kat litar"... Punya concern,ibu terus call tanya apa jadi semua hahaha nak nangis pun ada tapi kuatkan diri aje sebab ramai yang nampak nanti kakaka.. Tapi sampai je rumah(kampung), mak tanya cemana boleh gagal hahahaha tu lawak aku taktau nak explain cemana bukan dia faham 3 penjuru cemana jadi aku pun diam, ketawa sikit pastu makan hahahaha
Kali kedua jpj Cik Din kata 16/2/2016
Cantik tarikh tu kan tapi malangnya gagal lagi hahahahaha dem! Sumpah time tu memang aku nangis gila-gila. Tapi kalini ada orang temankan aku nangis. Kak Ain nama dia.. dia pun first jpj gagal jugak tapi yang second saing aku tulah 16/2 tu dia lulus so aku ajak dia pi surau, aku nangis puas2...
Kalini aku gagal kat parking sisi pulak sebelum 3 penjuru & selepas bukit dem habis!!! Sebab salah kereta tu.. Aku biasa belajar kereta kat litar pakai kereta kancil tau tetiba kalini pakai VIVA. Ya Allah, Ya Tuhanku! Dahlah takpernah bawak viva kat litar aku rasa nak maki pun ada viva ni sikit-sikit tekan minyak kalau tak, mati enjin.. Fed up aku wei! Kat parking tu dah ok dah sebenarnya tapi masa nak keluar parking tu aku taktau pusingan stering jadi aku pun main pusing suka hati mak ayah aku pastu tetiba kereta tu ternaik divider ah sudah! Hahaha obvious gila salah aku kot so aku berserah jelah bila en jpj tu tiup wisel pastu suruh keluar kalini aku keluar buat muka taik je nasiblah hahaha malu gila wei tapi apa nak buat lantaklah aku rasa nak marah je semua orang kat situ HAHAHA
Nangis ah pe lagi masatu kak Ain lah jadi mangsa.. Dia bagi semangat semua sampai aku berhenti nangis. Kelakar jugak aku ni lewls
Kali ketiga nak jpj baru aku sempat tangkap gambar ni semua na. Aku jpj 1/3/2016 so masa 29/2/2016 tu aku snap sana snap sini hahaha aku nak kenalkan tempat belajar memandu aku cuma gambaq cikgu je takde ala semua pakcik2 ada yang dah bercucu siap bawak cucu sekali ahahaha nasib comel -.-
nilah pemandangan aku setiap hari kat tempat memandu tu.. Act, tempat aku duduk ni is tempat en jpj duduk sebab nak tengok orang pass tak kat bukit hahaha.. Cantik jugak pemandangan pagi2
Ha ni tempat parking sisi.. Ada dua tempat sebenarnya tapi sebab masa ni member aku tengah bawak kereta, aku kat sebelah snap gambaq bukan2 hahahaha
Ha ni pun tempat samalah parking sisi. Kalini aku snap budak yang bawak VIVA tapi hebat gila. Hahaha dia dah biasa bawak viva kat litar so bolehlah masa latihan tu pun aku bawak viva macam apa je. Memang FAIL habis stress aku rasa nak bakar je semua viva yang ada hahaha
Yang pondok tu tempat orang belajar bawak motor, cuma masatu dah pukul 12 tengahari so takdelah budak2 nya pun dah balik lewls ramai gak yang handsome but my heart still sticks to the one, En. HH hahahahaha
Ni ruangan menunggu kalau dah lepas bawak kereta kat highway & litar, aku selalu lepak sini lah tunggu masa orang nak ajak balik je. Selalu aku balik dalam pukul 1 paling lambat pukul 2;30 petang sabar jelah wei ;')
dan, Alhamdulillah test jpj kali ketiga baru lulus weii itu pun aku calon ulangan yang last sekali hahaha pastu en jpj tu siap ajak bebual lagi. Aku ada gak cakap dengan dia aku taknak bawak viva sebab aku pernah gagal dulu dia kata takpelah kalau dapat viva pun style dia sama je apa semua dia membebel sekali aku nampak ada kereta kancil stop kan aku pun cakap kat en jpj
"En, kalau saya nak bawak kancil boleh tak?"
"Ha, suka hati awaklah. Awak kan calon terakhir, special sikit.. Bawaklah"
"Hehehe, en doakan saya ya!"
"Ya, inshaAllah saya doakan. Awak mesti lulus punya!!"
En jpj tu cuma tengok kat bukit aje weii hahaha yang lain semua dia tak tengok dah last kan so dia pun malas agaknya hahahahahaha
FINALLY!
ALHAMDULILLAH!
Lulus pun, lewls! :')
So, the conclusion is don't give up. Kalau kau dah berusaha & doa semua kat Allah tapi Allah masih tangguhkan kejayaan kau tu, mesti ada hikmahNya. Allah tahu apa yang terbaik cuma selagi boleh usaha, usaha je lagi sampai boleh.
Kadang-kadang, Allah nak bagi sesuatu yang lebih indah daripada apa yang kita jangka! Ok guys, yang penting betulkan niat tu dulu!
Alamat penuh tempat aku belajar tu,
PROLIFIK TEKNIK SDN BHD
PTB 8260 HS(D) 19896,
BANDAR PENAWAR,
MUKIM TANJUNG SURAT,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR!





No comments:
Post a Comment