Haluuu, assalamualaikum :)
Nasib baik ada orang ingatkan kita minggu ni minggu cuti sekolah kalau tak mana kita tahu sebab almaklumlah dah tak sekolah kan, hahaha
So, macam orang lain aku & ibu pun bercuti sebab selalunya kalau cuti pun aku & ibu mereput aje kat rumah sebab malas nak buat planning for our vacation. Because each vacation needs a good planning kan jadi tak jadi tu kerja Allah..
This holiday, we planned to go to Kuala Lumpur but this time we(me&ibu) went to KL with my uncle&family and my only one tokmak :) Macam biasa siapa lelaki dia kena drive! Hahaha kesian my pak ude, but it's okay ibu belanja duit minyak apa! Haa
Pergi KL pun bukan duduk hotel senang lenang eh, kitaorang tumpang tidur rumah my aunt&family(makteh) je dekat Gombak. Jauh jugak perjalanan.. Kitaorang gerak dalam pukul 3 petang tu then sampai bebetul dekat rumah makteh dalam pukul 11 lebih malam kot I guess sebab sampai semuanya dah terlentok-lentok ngantuk woi ingat tidur dalam kereta tu selesa ka hahaha tapi sesampainya kami di rumah makteh, makteh sajikan kami dengan yong taufu ecewah! Ligat kau berbahasa ya mentang-mentang bahasa melayu dapat A :')
Kitaorang tidur pun dalam pukul 2 pagi gitu sebab masing2 dah pancit walaupun bukan aku yang drive ala over lah kau ni sya! Hahaha
Pastu esoknya aku buat one request dekat makteh aku memandangkan dia nak sangat bawak aku gi jenjalan kan, so aku request nak makan Boat Noodle! Sebab apa tau? Sebab aku asyik tengok orang upload gambaq kat Ig semua pi makan boat noodle bermangkuk-mangkuk! So google punya google, kitaorang jumpa satu je tempat yang ok! Dekat Berjaya Times Square tapi tak shopping pun sebab ibu dah keluarkan duit sebanyak RM 214.95 untuk belanja aku, family makteh, family makngah & family pak ude Boat Noodle mak aii! Sampai 200++ hahaha kesian jugak kat ibu nak demand banyak2 pun duit dia dah banyak keluar dekat makanan je pun... Ada gambaq tapi malaih aih nak upload, aku update blog ni pun dah pukul 1 lebih pagi ok. Malas ok
Malam tu pulak, pakteh ajak buat bbq apa lagi on jela kan! Petang tu pakteh dah marinate ayam so malam tinggai bakaq ja! Aku tak join la bakar2 ni panas ok (demand gila) hahaha aku duduk dalam rumah layankan sepupu2 aku tengok movie.. Maksu & paksu pun ada datang rumah makteh singgah makan2 bbq meriah gila lah aku cakap. Bab makan bbq tu ko takyah ceritala wei sedap gila aku je dah makan 4 ketul ayam besaq2 hahaha bayangkan ajela tengahari tu makan boat noodle je dah 5 mangkuk hahahaha bloated gila aku malam tu masha-Allah overnya aku ni... Sebelum balik tu maksu janji kalau dia tak terberanak esok, dia nak belanja satey sedap kat KL... so pe lagi kitaorang semua excited gila... Aku ni pulak macam dah gila makan hahahaha
Sekali tiba2 malam tu dalam pukul 3 pagi semua orang sedap tidur tak terkecuali aku la kan then phone aku tetiba berbunyi dengan begitu kuat sekali! Terkezuttttt beruk iolsss tengok je screen, maksu call dalam pikiran aku pehal pulakkan ni aku angkat jela LAGI AKU TERKEZUT BILA SUARA LELAKI YANG AKU DENGAR PADAHAL YANG CALL TU MAKSU then suara tu cakap, "Sya, ni paksu. Maksu nak beranak ni dia tengah dalam labour room lagi. Paksu dah try call cikwau(makteh) tapi tak dapat....." aku yang tengah mamai2 ni jawab "ok" je hahaha then terus aku kejut makteh cakap dengan dia yang maksu dah nak beranak dia dalam labour room pastu makteh terus bangun cari phone dia semua pastu terus aku tak sedar sampai subuh tu alarm bunyi...
pastu aku tanya makteh, maksu dah beranak belum pastu dia cakap "dah" alhamdulillah!!! Dalam pukul 5 pagi tu(12/03/2016) maksu selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Al-Fateh bin Muhammad Firdaus Cukup 10 orang cucu kepada tokmak & tokbah... Sayangnya tokbah tak sempat tengok kalau tak mesti dia happy ada lagi sorang cucu lelaki lahir! 8 perempuan & 2 lelaki
Ha perempuan yang dominant kau!
Pastu hari ahad tu kitaorang sesiap nak balik ke rumah masing2 dari Khamis kat rumah makteh kan cukup2 la tu except for me & ibu kitaorang pi Batu Pahat(BP) sat nak jenguk chu'mah(adik kepada tokbah) dia pun hidup sorang ja... anak2 dia dah ada family sendiri kan so Ahad tu sampai BP tak buat apa pun makan semua kat rumah rehat aje sebab penat sangat semua hahaha aku ingat kalau duduk kampung(KT) aku akan gemuk tapi aku silap, aku duduk BP lagi aku akan double-triple gemuk sebab makan tengahari je dah 3 kali tambah nasi.. kau rasa?! HAHAHAHA bukan sedap lauk2 sangat pun tapi aku makan makanan organik wei.. Kacang boto, daun ubi pulut, daun tenggek burung, ulam raja + sambal cili yang chu'mah buat memang win woi! Tak muak makan hahaha lagi chu'mah buat aiskrim sumi&oreo semua mak aiii kalau diberi peluang duduk sana selamanya pun aku sanggup! Tapi balik jb je mesti macam baymax hahahaha makanan semua sedap2! Apa ni kenapa makanan kat sini tak sesedap kat sana!!!!!
Hari Isnin tu baru kitaorang shopping sakan pi BP mall & the summit takdela best sangat tapi sebab ibu yang belanja kan semua best... Hahaha ibu belanja kasut itu je pun aku plan nak beli handbag tapi harga dia mak aii! Kau takyah cakap mahal dia macam nak beli apa je annoying tau ish.. Then ibu pujuk nak beli handbag beli kat angsana aka JB mall je hm yela bu :')
Hari selasa baru kitaorang balik Jb... Balik naik bas aje sebab pak ude cuma hantar aku & ibu pi BP aje.... Balik ke jb tu kitaorang balik sendiri... Sesampai jb je, kitaorang terus amik Pochi & Black kat asrama dia hahahaha kesian dua ekoq tu.. Kitaorang sesedap je holiday, dia kena duduk asrama :p
OK SO FAR, SANGAT BEST! ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH FOR THIS WONDERFUL TIME WITH GREAT PEOPLE AROUND ME :)
No comments:
Post a Comment