Sunday, March 27, 2016
"The Beauty of a Mother...."
OMG!! I'm not sure if I'll cry or not while updating this post.. All about mothers story in the world siapa je tak sedih plus terharu kan? Hm... Why do I really want to write about this post? Because I think I should, before you hurt your mother's feelings. The hurts are worse than giving birth of you. Faham tak betapa sakitnya nak melahirkan seorang anak yang besar dia sampai boleh koyakkan rahim mak kau sendiri? Tak sedar lagi ke?
Have you ever have been in a big fight with your mother?
Have you?
If yes, what did she say? Or she just stay in silent, leaving you hanging?
Kalau dia marah-marah kau non-stop maknanya she still cares of you because what? Because you're her child. Buruk macam mana sekali pun perangai kau, dia tetap akan sayang kau no matter what happen. Cuma cara dia dengan marah-marah kau, dalam marah tu ada jugak isi dia bebel yang boleh buat kau sedar & cuba untuk jadi manusia lebih baik akan datang. Dia takkan nak tengok kau tak berubah & tak move on..
And kalau dia diam maknanya dia penat. Ini you guys kena berhati-hati... Sebab ya you know how women act kan bila dia penat & nak bagi kau menang dalam syarahan takde isi kau tu. Especially when it comes to your mother. Sometimes ada mak jenis kalau marah dia memang akan diam sebab dia malas nak bergaduh dengan anak dia yela bukannya ada function pun dan bukan menang award pun. Tapi kalau jenis yang mak dah biasa marah/bising/bebel bila gaduh then tetiba dia diam maknanya something goes wrong with your words. This is dangerous guys. Watch out your words. Kata-kata kita bila marah lebih tajam dari pedang tau & it can hurt your mother's feelings endlessly.
But have you ever realised?
Marah macam mana pun dia dekat kau,
dia takkan biarkan kau kelaparan...
dia takkan biarkan meja makan tu kosong...
dia takkan elak bila kau nak salam/cium dia sebelum pergi mana-mana...
dia takkan ungkit apa yang kau dah pernah buat 10 tahun dulu walaupun sakitnya hanya Allah je yang tahuuu...
dia tetap akan maafkan kau walaupun salah kau tu tak boleh diterima dek bumi langsung..
dia TETAP AKAN SAYANG KAU walau buruk macam mana sekalipun perangai kau sampai memang kau memang layak digelar anak derhaka?
dia tetap akan bagi kau duit bila kau stuck sampai takde duit nak beli makanan sekalipun...
Look guys, kalau sesiapa yang dah jadi Ibu/mak/umi/mama/mummy dia akan tahu... Dan siapa kau untuk judge dia padahal you know nothing about her walaupun dia mak kau sendiri...
Ada sebab dia marah kau, tengking kau, nasihat kau...
Sebab apa?
Sebab dia nak kau jadi anak yang berguna, dia taknak apa yang kau buat kat dia ni berulang pada anak kau kemudian hari...
Kenapa kau lambat sangat nak sedar semua tu?
Takkan bila dia dah takde kat bumi ni baru kau nak sedar?
Respect your mother because you will never get another...
Walaupun adik-beradik mak kau yang akan jaga kau, takpun nenek kau ke kan...
Tak akan sama macam mana mak kau jaga kau. Sebab dorang tak tahu apa yang kau suka, dorang ada anak/cucu lain nak dijaga bukan hadap muka kau 24/7
Lagi-lagi bila kau anak tunggal yang dah biasa dimanjakan, diberi perhatian sepenuhnya, dijaga macam menatang minyak yang penuh tetiba orang lain nak jaga kau... Macam dia takde benda lain nak buat selain layan karenah kau je kan...
And sebelum kau buat apa-apa yang boleh buat dia terluka, baik kau fikir elok-elok...
Buatnya kau sakitkan hati dia, tak sempat nak mintak maaf, dia meninggal dunia.
Kau marah-marah dia paksa dia buat itu ini, tiba-tiba dia accident padahal dia dah on the way nak fulfill all your requests.
Kau hina maki caci dia esok kau tak bangun terus siapa nak mintak maaf pada pihak kau?
Ingat
Walau sejahat/seburuk mana perangai kau, EMAK kau takkan cerita kat orang lain walau ahli keluarga kau yang lain pasal keburukan kau. Dia takkan pernah nak hebohkan atau jaja cerita buruk pasal kau.. Dia takkan bukak aib kau pada sesiapa....
Takkan kau tak nampak lagi "The Beauty of your Mother" ?
Kau pernah tak tengok drama melayu yang Rashid Sibir arah? Rashid Sibir ni kan kalau kau nak tahu dia kalau buat telemovie ke drama ke dia selalu buat pasal ibu tau. Sebab apa? Sebab dia tahu anak-anak zaman sekarang ni mudah lalai dengan teknologi yang makin maju ni kan mereka lalai tentang hal keliling mereka.. Mereka lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap kedua-dua ibu bapa.
Ada satu telemovie ni aku pernah tengok, mak dia jahat I meant bukan jahat sampai dera tu maksud aku sebab dia buat pekerjaan haram macam kerja kat kelab/jadi GRO sebab terdesak nak duit tapi dia tetap utamakan keselamatan anak-anak dia. Dia taknak orang jahat/ahlong apa-apakan anak-anak dia. See? Walaupun apa yang dia buat tu salah/dosa jugak tapi dia tetap utamakan anak-anak dia. Sometimes drama/telemovie melayu ni make sense jugak jangan kau pergi tengok cerita Tundukkan Playboy Itu lah, suami kau bukan suami akulah, suami aku maid, isteri aku tomboylah hahahahahahaha memang lah tak mendatangkan apa-apa faedah pun lewls.. Nanti dengan kau2 sekali jadi bongok dengan cerita tu. puih
Aku harap ada orang yang akan baca post ni.. PLEASE GUYS! Kalau korang taknak baca previous posts pun takpe lah tapi please lah baca post ni. Like seriously, you have to read this post or I'll kill you ha.. Please ok. Take note of this post! Highlight kan post ni & sebarkan kat semua orang atau suruh kawan2 korang baca sebab aku taknak korang jadi ANAK YANG TAK BOLEH BAU SYURGA... Jangan sesekali cuba nak jadi ANAK DERHAKA! Sounds stupid kan sebab siapalah yang bodoh sangat nak jadi ANAK DERHAKA but without you realise, you did. Sebab tu kita kena ada orang untuk sedarkan kita setiap masa...
JANGAN SAMPAI KORANG HILANG SATU KEBERKATAN DI DUNIA INI IAITU DOA SEORANG IBU :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment